awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pemancing terperangkap bawah Jambatan Pulau Pinang

Sinar Harian
Sinar Harian
17/02/2022
23:20 MYT
Tiga pemancing terperangkap bawah Jambatan Pulau Pinang
Tiga pemancing yang diselamatkan dibawa ke Pangkalan Polis Marin di Batu Uban selepas lebih dua jam terperangkap di bawah Jambatan Pulau Pinang. -Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Tiga orang pemancing termasuk seorang wanita berdepan detik cemas apabila terperangkap di bawah Jambatan Pulau Pinang awal pagi Khamis.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada salah seorang mangsa kira-kira jam 2 pagi.
Menurutnya, hujan lebat dengan keadaan air pasang besar serta laut bergelora menyebabkan mereka terperangkap di bawah jambatan berkenaan.
"Bimbang dengan keadaan itu, mereka menghubungi pengusaha bot sewa untuk mengambil dan membawa mereka pulang segera.
"Namun disebabkan keadaan cuaca buruk dan berbahaya, bot berkenaan tidak dapat berbuat demikian sebelum mereka menghubungi Maritim Malaysia bagi mendapatkan bantuan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Abd Razak berkata, sebaik menerima laporan kejadian sepasukan anggota dengan menaiki Bot Maritim Malaysia Kilat 26 digerakkan ke lokasi sebelum kesemuanya berjaya diselamatkan kira-kira jam 4.45 pagi.
Menurutnya, kesemua mangsa berusia 23 hingga 58 tahun yang berasal dari Permatang Pauh dibawa ke Pangkalan Polis Marin di Batu Uban.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#Jambatan Pulau Pinang
#Abd Razak Mohamed
#pemancing terperangkap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan