awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pemandu mabuk ditahan dalam operasi trafik sekitar KL

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
16/09/2021
03:09 MYT
Tiga pemandu mabuk ditahan dalam operasi trafik sekitar KL
Operasi yang bermula 9 malam hingga 1 pagi itu dilaksakan di Jalan Tun Razak, Jalan Bangsa, Jalan Raja Laut dan Jalan Kuchai Lama. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR: Tiga lelaki ditahan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi penguatkuasaan trafik dijalankan di sekitar ibu negara, pada Rabu.
Operasi yang bermula 9 malam hingga 1 pagi itu dilaksakan di Jalan Tun Razak, Jalan Bangsa, Jalan Raja Laut dan Jalan Kuchai Lama.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, sebanyak 392 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
"Bagi operasi di Jalan Kuchai Lama telah menahan tiga orang lelaki berusia lingkungan 30 tahun hingga 45 tahun yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 45(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.
"Operasi berkenaan turut menyita lapan buah motosikal di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan atas kesalahan mengubah suai ekzos," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Sarifudin berkata, pihaknya akan sentiasa mempertingkatkan operasi terutama pada malam cuti umum bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang serta tidak mengganggu ketenteraman awam.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun mempunyai maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau manamana balai Polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan 1987
#pengaruh alkohol
#saman
#Sarifudin Mohd Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan