awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pengunjung cedera dihempap pokok tumbang di Zoo Melaka

Bernama
Bernama
23/01/2023
05:46 MYT
Tiga pengunjung cedera dihempap pokok tumbang di Zoo Melaka
Dalam insiden itu, seorang lelaki berusia 43 tahun patah kaki kanan, manakala seorang wanita dan anak lelakinya mengalami cedera ringan. - Bernama
MELAKA: Tiga pengunjung Zoo Melaka cedera selepas dihempap pokok tumbang ketika berkunjung ke lokasi pelancongan tersebut semalam.
Dalam kejadian pada kira-kira 2.40 petang itu, seorang lelaki berusia 43 tahun patah kaki kanan, manakala seorang wanita dan anak lelakinya masing-masing berusia 40 dan enam tahun mengalami cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Christopher Patit berkata kejadian itu berlaku ketika ketiga-tiga mangsa berada di kawasan kandang harimau.
"Mereka sebelum itu menaiki kenderaan disediakan pihak zoo pada 2.05 petang dan sebaik tiba di kawasan kejadian tiba-tiba sebatang pokok tumbang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut manakala pihak Zoo Melaka dan agensi berkaitan mengambil langkah pantas membersihkan kawasan berkenaan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zoo Melaka
#Pokok tumbang
#mangsa cedera
#ACP Christopher Patit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan