awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga pengunjung pusat hiburan mati lemas terhidu asap

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
22/04/2022
07:47 MYT
Tiga pengunjung pusat hiburan mati lemas terhidu asap
Tiga pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Putra, Mergong maut selepas gagal menyelamatkan diri dan terhidu asap tebal dalam kejadian kebakaran, hari ini.
ALOR SETAR: Tiga pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Putra, Mergong maut selepas gagal menyelamatkan diri dan terhidu asap tebal dalam kejadian kebakaran, hari ini.
Dalam kejadian pukul 10.20 pagi itu mengakibatkan lapan mangsa lain sempat menyelamatkan diri dengan berlari keluar dari premis bangunan dua tingkat itu.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata, sebaik menerima panggilan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja dan Alor Setar dikejarkan ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba di lokasi, pihak bomba dimaklumkan terdapat 11 orang berada dalam premis pusat hiburan itu, namun lapan daripadanya berjaya menyelamatkan diri.
Pihaknya gagal mengesan tiga lagi mangsa kerana tidak dimaklumkan oleh pemilik pusat hiburan dan pekerjanya.
“Jabatan bomba menghadapi kesukaran untuk mencari mangsa sebenarnya… sejurus selepas memadam kebakaran kita telah masuk pada pukul 10.30 pagi tetapi tidak menjumpai mangsa sebab bangunan itu (mempunyai banyak) bilik.
“Pusat karoke ini banyak bilik, jadi agak sukar (untuk mengesan mangsa) dan kita telah mendapat bantuan daripada pengurus untuk membuat pengesanan pada bilik dan sebagainya dan dapat kenal pasti mangsa.
“Mangsa yang pertama di bilik VIP karaoke 1 dan dua mangsa lagi di bilik VIP karoke 2. Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pada pukul 11.30 pagi dalam keadaan tertiarap dan terlentang di atas lantai,” kata Syufaat.
Beliau berkata, ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Mark Barry, 32, Kim Mei Kit, 32, dan Jeffry Tan Yan Wei, 30.
Syufaat berkata, tiada kesan terbakar pada tubuh ketiga-tiga mangsa dan mereka dipercayai mati akibat lemas terhidu asap.
Mayat ketiga-tiga mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.
Katanya, punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#tiga maut
#pusat hiburan
#Alor Setar
#terhidu asap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan