awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga rumah terbakar, warga emas terperangkap diselamatkan

Sinar Harian
Sinar Harian
04/05/2025
01:00 MYT
Tiga rumah terbakar, warga emas terperangkap diselamatkan
Api marak memusnahkan tiga buah rumah dalam kejadian di Taman Island Glades malam tadi. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga emas terselamat selepas terperangkap dalam kebakaran yang berlaku di Taman Island Glades di sini, pada malam Sabtu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.59 malam, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak tiba di lokasi kejadian.
Menurutnya, ketika anggota tiba di lokasi mendapati kebakaran berlaku melibatkan tiga buah rumah selain memusnahkan sebuah kereta jenis Toyota Camry.
"Tindakan pantas anggota bomba bertugas melakukan pemeriksaan berjaya menyelamatkan warga emas berusia 73 tahun itu yang terperangkap sebelum dia dibawa keluar melalui pintu belakang rumah.
"Dengan bantuan beberapa jentera bomba termasuk dari pasukan sukarela akhirnya api berjaya dipadamkan pada jam 11 malam," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Ahad.
Jurucakap berkenaan berkata, warga emas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan kerja-kerja memadamkan kebakaran berjaya dilakukan sepenuhnya pada jam 12.08 tengah malam.
Katanya, setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan Unit Penyiasatan Kebakaran. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bomba
#kebakaran
#warga emas terperangkap
#JBPM Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami