KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mengadakan lawatan kerja dan prosiding berhubung perkembangan kemajuan projek kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam satu kenyataan berkata tiga saksi telah memberikan keterangan dan penjelasan dalam prosiding yang diadakan bermula 2.30 petang hingga 6 petang tadi di Limbungan Boustead Naval Shipyard, Markas TLDM di Lumut, Perak.
Beliau berkata mereka yang memberi keterangan dan penjelasan ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertahanan Datuk Dr Shahrazat Ahmad, Ketua Lembaga Pengarah Boustead Naval Shipyard (BNS) Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif BNS Azhar Jummat.
"PAC juga mengambil masa selama kira-kira dua jam untuk melihat sendiri status pembinaan subjek prosiding iaitu Kapal Peronda Generasi Kedua - LCS bermula pada pukul 10 pagi," katanya.
Beliau berkata prosiding itu memfokuskan tentang laporan kemajuan projek LCS yang perlu dibentangkan oleh Kementerian Pertahanan setiap tiga bulan kepada PAC sehingga projek LCS disempurnakan selaras dengan syor PAC Parlimen ke-14 sebelum ini.
"PAC komited untuk membentangkan Laporan Kemajuan Projek LCS, yang akan menyentuh kemajuan pembinaan LCS yang dicapai dari Oktober 2022 hingga Mei 2023 untuk dibahaskan pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen ke-15 yang akan diadakan bermula 9 Okt hingga 30 Nov depan," katanya.
Sebelum ini, pembinaan kapal LCS terpalit kontroversi apabila PAC mendedahkan tiada seunit pun telah disiapkan, walaupun kerajaan telah membelanjakan RM6.08 bilion kepada BNS.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 10 2023
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tiga saksi telah memberikan keterangan dan penjelasan dalam prosiding yang diadakan bermula 2.30 petang hingga 6 petang tadi di Limbungan Boustead Naval Shipyard, Markas TLDM di Lumut. - BERNAMA
Lelaki warga emas ditemui maut di kawasan kebun getah
Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari daun palas Isnin lepas, ditemukan meninggal dunia di kawasan kebun getah di Kampung Guar Sanai, Beseri, Padang Besa, semalam.
AWANI Ringkas: Protest bertembung dengan kumpulan pro-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banyak usaha Kerajaan Perpaduan bantu masyarakat India - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata banyak usaha dilakukan Kerajaan Perpaduan untuk membantu masyarakat India.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.
Ketegangan terus memuncak di kampus A.S
Penunjuk perasaan terus berkumpul di kampus Universiti California Los Angeles (UCLA) selepas ketegangan memuncak di kampus A.S apabila penyokong pro-Israel menyerang perkhemahan penunjuk perasaan pro-Palestin pada Rabu.
Pelaburan Microsoft AS$2.2 bilion: Bukti keyakinan global kepada Malaysia - PM
Jumlah tersebut merupakan pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah 32 tahun bertapak di Malaysia.
[TERKINI] Pelaburan Microsoft jadikan Malaysia hab digital serantau
Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan menyambut baik pengumuman pelaburan oleh Microsoft.
Katanya, pelaburan itu bakal mempercepatkan transformasi digital negara seiring komitmen 'Bersama Malaysia' yang dilaksanakan Microsoft sejak tahun 2021.
Katanya, pelaburan itu bakal mempercepatkan transformasi digital negara seiring komitmen 'Bersama Malaysia' yang dilaksanakan Microsoft sejak tahun 2021.
[TERKINI] Microsoft umum pelaburan AI, awan bernilai USD2.2 bilion di Malaysia
Microsoft mengumumkan pelaburan 2.2 bilion dolar Amerika atau 10.48 bilion ringgit dalam Kecerdasan Buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia.
Perkara itu diumumkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Satya Nadella ketika memberi ucaptama mengenai era baharu Kecerdasan Buatan (AI) di Kuala Lumpur pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft Satya Nadella ketika memberi ucaptama mengenai era baharu Kecerdasan Buatan (AI) di Kuala Lumpur pada Khamis.
Microsoft umum pelaburan AI, infrastruktur awan AS$2.2 bilion di Malaysia
Microsoft mengumumkan untuk melabur AS$2.2 bilion (RM10.48 bilion) dalam kecerdasan buatan (AI) dan pembangunan infrastruktur awan di Malaysia.
Tourism Malaysia jalin kerjasama dengan MAG bagi perkukuh misi TMM 2026
Tourism Malaysia memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Malaysia Aviation Group (MAG) yang akan berlanjutan selama tiga tahun bagi mempromosikan Malaysia sebagai pilihan utama destinasi pelancongan dalam ekonomi global sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.
Pegawai awam gagal hadir prosiding PAC adalah suatu kesalahan - KSN
Kegagalan mana-mana pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat atau bersara menghadiri prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) merupakan suatu kesalahan kerana menghina Majlis Parlimen.
Tiga saksi beri keterangan berkenaan LCS pada prosiding PAC hari ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah mengadakan lawatan kerja dan prosiding berhubung perkembangan kemajuan projek kapal peronda generasi kedua kapal tempur pesisir (LCS) milik Tentera Laut
Pengerusi, Naib Pengerusi PAC mohon pinda larangan prosiding terbuka
Mereka memohon supaya dipinda Peraturan Mesyuarat 85, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang tidak membenarkan mesyuarat prosiding PAC dilakukan secara terbuka.