Kegembiraan lima saudara mandi manda di pantai Bagan Lalang, di sini semalam berakhir dengan tragedi apabila tiga daripada mereka mati lemas manakala dua lagi berjaya diselamatkan.
Dalam kejadian 4 petang semalam, lima bersaudara itu sedang mandi manda di tepi pantai apabila dipercayai terperangkap berikutan air laut pasang.
Penolong Penguasa Bomba Zon KLIA Akmal Azizi Elias berkata mayat S. Mariayee, 59, ditemui di tepi pantai bersama seorang lagi saudaranya yang terselamat.
Mayat K. Saresh, 15, ditemui pasukan bomba dan penyelamat pukul 11.30 pagi tadi manakala mayat R. Sivaneswaran, 30, ditemui 2.45 petang ini.
"Semua mayat telah dibawa ke Hospital Seremban untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Akmal Azizi berkata dua yang terselamat iaitu seorang lelaki berusia 19 tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun kini berada dalam keadaan stabil.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.40 petang semalam dan tiba di tempat kejadian 20 minit kemudian bagi menggerakkan operasi mencari dan menyelamat yang disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan Rela.
Sementara itu, tindakan pantas pekerja kelong, Khairul Afzan, 29, berjaya menyelamatkan dua lelaki yang hampir lemas.
"Sebelum itu, saya telah menasihatkan mereka agar berhati-hati tidak sangka ia berakhir dengan tragedi.
"Saya nampak ketiga-tiga mangsa sedang terkapai-kapai. Dengan pantas, menggunakan bot yang ada saya cuba menghampiri mereka. Apabila saya angkat mereka, seorang mangsa sudahpun meninggal dunia manakala dua lagi sudah tercungap-cungap," katanya.
Bernama
Sun Aug 11 2013


Mayat lelaki ditemui terapung di Sungai Kelantan
Mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 200 meter dari Pusat Operasi Sukarelawan Perikanan, Pengkalan Pasir Pekan.

Malaysia perlu sembilan emas capai sasaran di Hanoi
Beberapa acara final melibatkan atlet Malaysia diharapkan dapat menghadiahkan kilauan emas.

PBB dedah sekatan AS beri kesan kepada Iran
Sekatan menjejaskan kumpulan eksport utama Iran, bank dan juga beberapa syarikat serta individu.

Northport rangkul anugerah IAPH 2022 Sustainability Award tewaskan Pelabuhan Montreal, Amsterdam
Northport telah menewaskan dua finalis lain iaitu Pelabuhan Montreal dan Pelabuhan Amsterdam dalam kategori itu.

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

MPSepang tegah orang ramai ke Pantai Bagan Lalang
Larangan itu bagi mengelak insiden tidak diingini berikutan paras air laut dijangka pada ketinggian antara 5.2 meter dan 5.6 meter.

Pengunjung Pantai Bagan Lalang ingkar SOP mula dikompaun minggu depan
Datuk Abd Hamid Hussain, berkata mereka yang ingkar akan dikompaun sehingga RM 2,000 bagi individu manakala RM 10,000 membabitkan syarikat atau perbadanan.

Dakwaan penduduk Orang Asli di Bagan Lalang diusir tidak tepat - PNSB
PNSB telah mengadakan rundingan mengikut prosedur yang ditetapkan sejak 2017 lagi.

Kanak-kanak maut dilanggar SUV ketika sedang berbasikal depan rumah
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang berbasikal di hadapan rumahnya di Kampung Tok Sani, Butterworth, pad

Berang ditegur, lelaki pijak perut dan tendang isteri
Lelaki itu ditegur kerana sering membawa bersama anak perempuan mereka yang berusia enam tahun keluar pada waktu malam untuk minum minuman keras.

Tiga saudara lemas, dua terselamat di pantai Bagan Lalang
Dalam kejadian 4 petang semalam, lima bersaudara itu sedang mandi manda di tepi pantai apabila dipercayai terperangkap berikutan air laut pasang.