awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sebab pembeli enggan guna kad kredit untuk transaksi 'online'

Wafa Aula
Wafa Aula
24/01/2018
07:17 MYT
Tiga sebab pembeli enggan guna kad kredit untuk transaksi 'online'
Data terbabit turut menunjukkan orang ramai lebih cenderung untuk hanya berbelanja mengikut kemampuan.
Majoriti penguna lebih cenderung menggunakan perbankan dalam talian semasa membuat transaski 'online' berbanding kad kredit, jelas iPay88 dalam satu laporan baru-baru ini.
iPay88 turut memaklumkan pembayaran menerusi perbankan atas talian mencatatkan sehingga 4.4 juta transaksi berbanding hanya 2.4 juta transaksi melalui kad kredit.
Ia didorong tiga sebab utama, tiada caj faedah, mesra pengguna dan boleh digunakan oleh bukan pemegang kad kredit.
Laporan itu turut menyambut baik trend terbabit kerana ia menunjukkan pengguna kini lebih cenderung untuk berbelanja mengikut kemampuan.
Kajian itu juga menunjukkan transaksi melibatkan perkhidmatan pengangkutan meningkat 276 peratus.
Menurut pengarah eksekutif iPay88, Chan Kok Long, perkara terbabit bukan mengejutkan memandangkan lebih ramai pengguna kini lebih cenderung membeli tiket pengangkutan awam secara dalam talian.
“Ini bukan sesuatu yang luar biasa sebab terdapat banyak aplikasi untuk tujuan ini seperti KTM yang sangat sinonim sebagai pengangkutan alternatif antara negeri,” jelas Kok Long.
iPay88 ialah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam talian.
Ia merekodkan transaksi bernilai RM6.6 juta tahun 2017, peningkatan sebanyak 53 peratus berbanding 2016.
Data juga menunjukkan bulan Disember sebagai bulan yang paling banyak merekodkan transaksi.
Topic Berkaitan
#atas talian
#Internet
#iPay88
#kad kredit
#online
#online shopping
#pembelian online
#Revolusi Perindustrian 4 0
#transaksi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan