awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga sekeluarga pengsan rumah terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2021
00:29 MYT
Tiga sekeluarga pengsan rumah terbakar
Pasukan Bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah teres tiga tingkat di Taman Seri Muda di sini pada Ahad. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Tiga sekeluarga pengsan akibat mengalami sesak nafas apabila rumah teres tiga tingkat dihuni mereka terbakar dalam kejadian di Taman Seri Muda di sini pada Ahad.
Tiga mangsa itu ialah, seorang wanita, J Thanaletchumy, 35, anaknya, N Ruthrewaran, berusia enam tahun dan bapa mentua kepada Thanaletchumy, N Krishnarajah, 74.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada jam 4.38 pagi.
“Seramai 18 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam kemudian dikejarkan ke tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Ahad.
Norazam berkata, semasa pasukannya tiba, didapati suami mangsa berjaya keluar menyelamatkan diri.
"Pasukan kami kemudian sempat menggerakkan usaha mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa yang berada di dalam rumah terbabit," katanya.
BACA: Tiga sekeluarga pengsan rumah terbakar
Beliau berkata, operasi mencari kira-kira 10 minit itu berjaya menemui menantu dan mentua di bahagian bilik bawah, manakala seorang kanak-kanak di bahagian utama bilik atas.
"Ketiga-tiga mangsa berjaya diselamatkan dan mengalami sesak nafas sebelum ketiga-tiga mereka diserahkan kepada pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan lanjut," katanya.
Beliau berkata, laporan awal mendapati kebakaran membabitkan bangunan kelas A sebuah rumah teres tiga tingkat yang terbakar 70 peratus pada bahagian tingkat bawah.
"Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak dan dapat dipadamkan sepenuhnya pada jam" 6.29 pagi," katanya.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#pengsan
#rumah
#Taman Seri Muda
#Norazam Khamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan