Tiga lelaki disyaki terlibat memberi sokongan kepada kumpulan Daesh serta merancang melakukan serangan di negara ini dan Indonesia ditahan di sekitar Kedah dan Selangor, Selasa lepas.
Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam kenyataan hari ini berkata dua lelaki tempatan dan seorang Indonesia ditahan oleh Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia.
Memberikan butiran tangkapan pertama di Kuala Muda, Kedah, beliau berkata dua lelaki dikenali sebagai Muhammad Syazani Mahzan dan Muhamad Nuurul Amin ditahan selepas menyerah diri hasil kerjasama keluarga masing-masing.
"Kedua-dua suspek berusia 27 tahun yang berasal dari Bedong, Kedah itu telah disenaraikan sebagai individu dikehendaki polis pada 13 Mei lepas.
"Muhammad Syazani bekerja sebagai penjual burger manakala Muhamad Nuurul Amin pula bekerja sebagai pekebun," katanya.
Abdul Hamid mendedahkan suspek bersama-sama Muhammad Izham Razani yang ditahan pada 22 Nov 2018 di Sungai Petani, Kedah pernah menjalani latihan membuat bom di Yogyakarta, Indonesia pada 2018 dikendalikan kumpulan pengganas Jemaah Ansharut Daulah Indonesia.
"Mereka mempelajari kaedah untuk menghasilkan Triacetone Triperoxide (TATP) iaitu sejenis bahan kimia yang digunakan untuk menghasilkan letupan berskala besar dan bom kenderaan.
"Kedua-dua suspek juga dikesan melakukan tinjauan ke atas beberapa gereja di sekitar Yogyakarta untuk melancarkan serangan," katanya.
Tambahnya, Muhammad Syazani juga dipercayai merancang melakukan serangan ke atas rumah ibadat bukan Islam di negara ini dengan kaedah serangan bunuh diri.
Sementara itu, beliau berkata lelaki warga Indonesia berusia 34 tahun dikenali sebagai Nuruddin Alele @ Fatir Tir ditahan di Banting, Selangor hasil maklumat orang awam.
"Suspek merupakan anggota sel 'wolf pack' Daesh yang ditahan pada 5 hingga 7 Mei lepas dan terlibat dalam rancangan untuk melakukan operasi pembunuhan serta serangan ke atas tempat-tempat ibadat agama Kristian, Hindu, Buddha dan pusat hiburan di sekitar Lembah Klang.
"Suspek terdedah dengan ideologi kumpulan Daesh semasa menjalani hukuman penjara lima tahun di Surabaya," katanya.
Kesemua mereka ditangkap kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA - Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Astro Awani
Thu May 16 2019
Salah seorang suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat memberi sokongan kepada kumpulan Daesh. - Foto PDRM
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.