awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh

Bernama
Bernama
19/01/2025
21:00 MYT
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Menerusi inisiatif Taman MADANI di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, taman berkenaan dinaik taraf dengan pelbagai infrastruktur awam untuk kegunaan penduduk setempat atau komuniti, kata Chee Yee. - Gambar Bernama
MELAKA: Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh, Kerk Chee Yee berkata, tiga taman berkenaan ialah Taman Ayer Keroh Height, Ayer Keroh; Taman Sutera Wangi, Batu Berendam dan Taman Kerjasama, Bukit Beruang.
"Menerusi inisiatif Taman MADANI di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), taman berkenaan dinaik taraf dengan pelbagai infrastruktur awam untuk kegunaan penduduk setempat atau komuniti.
"Usaha itu secara tidak langsung menjadikan taman berkenaan sebagai platform untuk komuniti melaksanakan pelbagai aktiviti sekali gus dapat memperkukuh perpaduan antara penduduk pelbagai kaum," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Hiasan Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat DUN Ayer Keroh yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Kerk berkata, susulan impak positif itu, beliau menyasarkan sekurang-kurangnya tiga lagi Taman MADANI dibangunkan dalam tahun ini di dalam DUN berkenaan bagi memastikan lebih ramai penduduk setempat mendapat manfaat daripada pelaksanaan inisiatif itu.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, hampir 100 tanglung dan lampu hiasan dengan pelbagai bentuk klasik dan tradisional dipasang di padang Taman Bukit Melaka bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina.
Beliau berkata, pemasangan hiasan termasuk menggunakan barangan kitar semula itu dilaksanakan secara sukarela oleh penduduk setempat dengan kos tidak lebih RM30,000.
"Orang ramai berpeluang bergambar di padang berkenaan dan kawasan itu dibuka kepada awam secara percuma setiap hari bermula Jumaat hingga perayaan Chap Goh Mei," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#taman rekreasi MADANI
#DUN Ayer Keroh
#Taman MADANI
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan