KUALA LUMPUR: Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.
Menurut Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz, antara tuntutan tersebut adalah meminta kerajaan mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas pertuduhan yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.
"Sebagai permulaan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia pada esok di Kampung Baru, sekretariat ini ada tiga tuntutan kepada kerajaan.
"Pertama kita setuju bahawa kita mahu kerajaan mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.
"Kedua, kita mendesak agar Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibebaskan daripada kuasa eksekutif, dan ketiga kita minta dan desak undang-undang lebih adil kepada semua rakyat Malaysia... jangan ada dwi-standard," jelasnya.
Tambah Tun Faisal lagi, kesemua tuntutan itu sebagai permulaan himpunan yang akan menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) serta parti-parti politik yang cintakan integriti di negara ini.
"Sekretariat ini juga menyeru semua rakyat Malaysia yang cintakan integriti dan bersetuju dengan tiga tuntutan bersama untuk sama-sama hadir esok," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media Sekretariat Himpunan Aman Selamatkan Malaysia di ibu negara pada Jumaat.
Sementara itu, Peguam yang juga Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Muhammad Rafique Rashid Ali pula menegaskan himpunan berkenaan akan tetap diteruskan meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak permohonan penganjur.
"Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 Seksyen 9 hanya pemakluman mencukupi, adakah penganjur telah buat pemakluman, ya telah dibuat.
"Adakah sebarang kuasa dari segi undang-undang pihak berkuasa membatal dan menolak perhimpunan tersebut? Tidak ada.
"Apa rakyat harus sedar sekarang... kita berada dalam satu keadaan amat genting, di mana undang-undang harus adil kepada semua," katanya.
Mengulas mengenai penolakan permohonan penganjur himpunan terbabit, jelas Muhammad Rafique, PDRM seharusnya menjadi pemudah cara bagi setiap perhimpunan aman yang ingin dianjurkan rakyat.
"Kalau perhimpunan sebelum ini dibenarkan secara aman, maka seharusnya perhimpunan sebegini yang nama dijenamakan sebagai aman dijalankan.
"Pihak PDRM dibawah undang-undang APA 2012, tugas PDRM hanya sebagai pemudah cara," ujarnya lagi.
Fareez Azman
Fri Sep 15 2023
"Sebagai permulaan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia pada esok di Kampung Baru, sekretariat ini ada tiga tuntutan kepada kerajaan," kata Tun Faisal. - Gambar fail
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis rakam keterangan 11 individu
Polis telah merakam keterangan 11 individu yang dikenal pasti terlibat dalam Himpunan Aman Selamatkan Malaysia di ibu negara, pada Sabtu.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Tiga pemimpin hadir ke IPD Dang Wangi
Tiga ahli parti politik hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini untuk membuat laporan polis pada Sabtu.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Lebih 2,000 peserta berarak ke IPD Dang Wangi buat laporan
Lebih 2,000 individu berbaju putih mula berarak dari kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia, pada Sabtu.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Kumpulan baju putih dilihat mula berhimpun
Sekumpulan lelaki berbaju putih dilihat mula berhimpun tidak jauh daripada kawasan Masjid Jamek Kampung Baru bagi menyertai Himpunan Selamatkan Malaysia pada Sabtu.
Himpunan Selamatkan Malaysia: Premis perniagaan dibuka seperti biasa
Keadaan premis perniagaan dan penjaja di sekitar kawasan Masjid Jamek Kampung Baru dibuka seperti biasa tanpa ada sebarang gangguan daripada mana-mana pihak.
Tiga tuntutan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, termasuk dakwa Zahid semula - Tun Faisal
Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.
'Saya jawab semua soalan dari tujuh kertas siasatan' - Chegu Bard
Badrul Hisham Shaharin dibebaskan pada pagi Jumaat dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.
Penahanan Chegu Bard tiada kena mengena dengan penganjuran perhimpunan - Polis
Menurut polis, penahanan Chegu Bard adalah berdasarkan waran tangkap yang dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 13 September lalu.
Polis buka kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Malaysia'
Polis Kuala Lumpur menerima enam laporan berhubung penganjuran 'Himpunan Selamatkan Malaysia' yang akan berlangsung di hadapan sebuah pusat beli belah pada Sabtu.
Amaran buat anggota Pemuda UMNO, jangan hadiri 'Himpunan Selamatkan Malaysia' - Khairy
Mana-mana anggota yang didapati terlibat atau menyertai perhimpunan itu akan dikenakan tindakan displin.