Mahkamah Majistret di sini, pada Isnin menjatuhkan hukuman denda RM80 kepada tiga wanita kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pegawai polis yang menegur perbuatan salah seorang daripada mereka bermain mercun, minggu lepas.
Majistret Ti Pei Si memerintahkan tertuduh Nurul Shahira Abdul Lazak, 22, dan dua ibu saudaranya Rasidah Mohamed, 45, dan Siti Rozana Mohamed, 25, menjalani hukuman penjara dua hari, jika gagal menjelaskan denda dikenakan.
Mereka didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Inspektor Mohd Yunus Hazmi pada 8.45 malam, 13 Mei lepas di hadapan sebuah rumah di Taman Sri Bera, Bera dekat sini, dengan tujuan untuk membangkitkan kemarahan dan mengganggu keamanan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rifah Izzati Abdul Mutalif mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Mazieera Sharifudin merayu supaya denda ringan diberikan kepada semua tertuduh atas alasan pendapatan mereka yang hanya sekitar RM900 hingga RM1,500 sebulan dan mempunyai tanggungan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada Mohd Yunus yang menegur perbuatan Nurul Shahira yang dilihat bermain mercun di perkarangan rumah semasa beliau melakukan rondaan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di taman perumahan terbabit.
Nurul Shahira didakwa menghubungi Rasidah menyebabkan wanita itu datang ke rumah berkenaan dan turut mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada Mohd Yunus sebaik sahaja keluar daripada kereta manakala Siti Rozana yang keluar dari rumah turut melakukan perbuatan sama.
Di mahkamah sama, Ti juga menjatuhkan hukuman RM300 terhadap Rasidah selepas dia mengaku bersalah berkelakuan tidak senonoh dengan mengeluarkan perkataan tidak sopan kepada seorang lagi pegawai polis.
Rasidah yang merupakan suri rumah didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Inspektor Mohd Izzat Iqbal Mohd Zaki pada 9.40 malam, 13 Mei lepas di Balai Polis Triang, Bera.
Bagi kesalahan itu, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 94 akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
- BERNAMA
Bernama
Mon May 18 2020

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kepada Mohd Yunus yang menegur perbuatan Nurul Shahira yang dilihat bermain mercun. -Bernama

Aplikasi teknologi angkasa kesan tapak pelupusan sampah haram
Setakat ini, sebanyak 86 tapak pelupusan haram berjaya ditutup.

Mogok di UK: 500,000 guru, penjawat awam sertai 'Walkout Wednesday'
Mogok yang menuntut gaji yang lebih tinggi itu adalah koordinasi terbesar pernah diadakan dalam tempoh sedekad.

Insiden bakar al-Quran: OIC tuntut tindak balas tegas
Tindakan sengaja mencemarkan al-Quran dan menghina Nabi Muhammad tidak boleh dilihat sebagai insiden kebiasaan Islamofobia.

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah Joe Biden
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

"Saya harap Bajet 2023 yang dibentang semula ditambah baik" - Ismail Sabri
Berharap semua projek pembangunan yang dibentangkan dalam Bajet 2023 pada tahun lalu, khususnya yang menjaga kepentingan rakyat.

Lelaki bertopeng tetak mangsa, larikan kenderaan di Bera
Polis Bera menerima maklumat berkaitan kejadian pada pukul 10.10 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

PRU15: Ismail Sabri menang bergaya di Parlimen Bera
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bera dengan majoriti 16,695 undi.

PRU15: Ismail Sabri dan isteri selesai mengundi di SMK Bandar Kerayong
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai menunaikan tanggungjawabnya mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Kerayong di Bera pada Sabtu.

PRU15: 'Saya janji jika diberi peluang, pelbagai perancangan diteruskan untuk rakyat' - PM
Jika mandat rakyat berpihak kepada BN kata Ismail Sabri lagi, lebih banyak perancangan akan dibuat demi memanfaatkan rakyat.

Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera - SPR
Individu yang mempunyai maklumat atau bukti berlakunya perbuatan sogokan atau rasuah ketika proses pengundian pos di Parlimen Bera, Pahang supaya melaporkannya kepada SPRM.

PRU15: Syarat 'walkabout' menyusahkan, bayaran permit iklan pilihan raya tak munasabah - Calon PH
Calon DUN Guai PRU15 Noraini Abdul Ghani mengecam tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenakan syarat permohonan permit 'walkabout' di tempat tumpuan awam.

PM ziarah keluarga warga emas meninggal dunia akibat kanser limfoma
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini, meluangkan masa menziarahi keluarga warga emas, Abdul Hakim Md Akil, 60, yang meninggal dunia akibat pesakit kronik kanser limforma semalam.

PRU15: "Saya mahu ubah sektor pendidikan peringkat nasional sekiranya diberi mandat" - Abas
Pelbagai pembaharuan termasuk silibus pembelajaran di sekolah perlu ditambah baik seperti negara-negara maju, kata calon PH Parlimen Bera.

PRU15: Kempen secara sihat, kekalkan keharmonian di Bera - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, setiap calon yang bertanding di kawasan itu perlu mengekalkan keharmonian keluarga Bera.