awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga wanita ditahan bersama lebih satu kilogram syabu

Petrus Bernard
Petrus Bernard
21/01/2022
03:52 MYT
Tiga wanita ditahan bersama lebih satu kilogram syabu
Polis berkata, ketika serbuan polis menahan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum menangkap suspek. - Ihsan PDRM Tawau.
TAWAU: Tiga wanita ditahan bersama 1.18 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM36,000 ketika operasi Op Tapis di kawasan Bandar Sabindo, Tawau pada Isnin lalu.
Ketiga-tiga suspek termasuk seorang seorang warga Filipina berusia antara 28 hingga 44 tahun itu ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Tawau kira-kira pukul 12 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, ketika serbuan polis menahan sebuah kereta yang dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum menangkap suspek.
"Hasil pemeriksaan menemukan satu bungkus plastik yang mengandungi ketulan hablur jernih disyaki syabu.
"Dadah syabu yang dirampas seberat 1.18 kilogram dengan nilai RM36,000 mengikut harga pasaran gelap," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Katanya, ketiga-tiga suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Topic Berkaitan
#Bandar Sabindo
#wanita ditahan
#Syabu
#miliki dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan