awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga wanita ditahan terlibat aktiviti pelacuran di Penampang

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
03/12/2017
06:08 MYT
Tiga wanita ditahan terlibat aktiviti pelacuran di Penampang
Polis tahan tiga wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran. - Astro AWANI
Kelicikan dua wanita tempatan dan seorang wanita warga Filipina yang berselindung di sebalik premis urut untuk menjalankan aktiviti pelacuran akhirnya terbongkar selepas mereka berjaya diberkas polis dalam serbuan di pekan Donggongon, di sini, pagi tadi.
Dalam serbuan jam 4 pagi itu, kesemua suspek yang berusia antara 17 hingga 44 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah sebaik sahaja menerima maklumat berhubung kegiatan maksiat di lokasi terbabit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata, selain daripada tangkapan itu, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM51 dan tiga keping kondom.
"Bertindak atas maklumat orang ramai dan risikan, kita melaksanakan serbuan di sebuah premis urut di pekan Donggongon dan berjaya menahan tiga wanita dengan dua daripadanya adalah warga tempatan manakala seorang lagi warganegara Filipina.
"Semua suspek ini disyaki terbabit dengan aktiviti pelacuran di premis urut itu dan polis turut berjaya merampas wang tunai RM51 serta tiga keping kondom dengan salah satu daripadanya sudah digunakan," katanya, dalam kenyataan medianya, hari ini.
Jelas Salehhudin, semua suspek sudah dibawa ke balai polis berdekatan dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan dan Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958.
Topic Berkaitan
#Donggongon
#IPK Sabah
#Maksiat
#pelacuran
#Penampang
#Salehhudin Abdul Rahman
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan