awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga warga asing terselamat dalam kebakaran gudang di Petaling Jaya

Bernama
Bernama
09/07/2025
01:40 MYT
Tiga warga asing terselamat dalam kebakaran gudang di Petaling Jaya
Kebakaran melibatkan tingkat bawah bangunan gudang berkeluasan 60 x 100 kaki persegi dan dianggarkan 40 peratus daripada struktur bangunan terjejas. - Gambar JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Tiga warga asing terselamat dalam kebakaran sebuah gudang barangan runcit empat tingkat di Jalan Tandang, Petaling Jaya, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.05 pagi sebelum 16 anggota bersama lima jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kebakaran melibatkan tingkat bawah bangunan gudang berkeluasan 60 x 100 kaki persegi dan dianggarkan 40 peratus daripada struktur bangunan terjejas. Api berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 4.04 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kesemua mangsa, iaitu seorang lelaki India serta sepasang warga Myanmar tidak mengalami sebarang kecederaan.
Operasi pemadaman diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Shahrul Nizam Shamshudin melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Penchala, Petaling Jaya dan Damansara.
Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#gudang terbakar
#warga asing terselamat
#JBPM Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan