LAHAD DATU: Seorang lelaki sanggup menikam isterinya menggunakan gunting selepas tidak diberikan wang untuk membeli bekalan dadah dalam kejadian di Kampung Tanjung Labian, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa merupakan wanita warga Filipina berusia 21 tahun mengalami kecederaan di lengan kanan sehingga terpaksa menerima tiga jahitan di Klinik Kesihatan Desa Kencana, di sini.
"Suspek berusia 25 tahun dipercayai bertindak menikam isterinya menggunakan gunting setelah permintaannya untuk mendapatkan wang bagi tujuan membeli dadah tidak dipenuhi," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Katanya lagi, hasil siasatan mendapati, pasangan suami isteri itu telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua anak lelaki berusia dua dan tiga tahun.
"Suspek kemudian datang menyerah diri di Balai Polis Desa Kencana kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua hukuman itu," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jan 20 2022

Suspek ditahan selepas menyerahkan diri di Balai Polis Kencana, Lahad Datu. -Foto Sinar Harian

Zoo Negara terima jumlah pengunjung memberangsangkan
Setelah melalui saat getir ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini kembali 'bernafas' setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan.

Keputusan kes Peter Anthony palsukan dokumen diketahui esok
Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi dijangka membacakan keputusan di akhir kes pembelaan pada 9 pagi.

Jurulatih wushu ditahan disyaki cabul dua pelajar bawah umur
Polis menahan seorang jurulatih wushu kerana dipercayai melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak perempuan, Isnin lepas.

Harga RON97 naik 37 sen kepada RM4.70, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 naik 37 sen seliter iaitu daripada RM4.33 kepada RM4.70 seliter manakala harga RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 12 Mei 2022 hingga 18 Mei 2022.

Haji | TH beri butiran penerbangan kepada bakal jemaah haji minggu depan
Jemaah haji akan menerima butiran penerbangan dan lapor diri di stesen berlepas daripada Lembaga Tabung Haji (TH) secara berperingkat mulai minggu depan.

Pemilihan PKR: Undi semula di 13 cabang Jumaat dan Sabtu ini
PKR menetapkan proses pengundian semula melibatkan 13 cabang di lima negeri akan dilaksanakan pada Jumaat dan Sabtu ini.

Cabul Atlet | Polis terima empat laporan berkaitan jurulatih wushu
Polis menerima empat laporan kes cabul kanak-kanak membabitkan seorang jurulatih wushu yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual ke atas atlet kendaliannya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Habibi Majinji berkata, polis menerima dua laporan masing-masing di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kes lucut hak: Rosmah, Global Royalty tuntut rantai tangan berlian, Najib 7 utas jam tangan
Sebelum ini, pasukan peguam Rosmah memohon gambar barang kemas yang dirampas untuk memudahkan tuntutannya.

Sindiket latih golongan pencari kerja jadi scammer dikesan di Johor
Polis Johor kesan aktiviti itu hasil laporan yang dibuat mangsa yang hadir pada sesi temuduga dikendalikan sindiket berkenaan.

Malaysia tubuhkan C4IR, bakal dilancar separuh kedua 2022
Ia adalah untuk menyokong pencapaian wawasan menyeluruh Malaysia di bawah Dasar 4IR yang dilancarkan pada 2021 dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia.

Tikam isteri tak dapat wang beli dadah
Pasangan suami isteri itu telah mendirikan rumah tangga sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua anak lelaki berusia dua dan tiga tahun.