awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You

Amanz
Amanz
18/04/2024
04:19 MYT
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan. -Amanz
AKAUN yang memuat naik kandungan teori konspirasi, seksual, amalan pemakanan tidak sihat, dan pelbagai lagi topik yang tidak dibenarkan akan dihalang daripada muncul pada susur masa For You.
Dengan ini, akaun tidak boleh menyalahgunakan topik yang sedang tular untuk mendapatkan tontonan. Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Sekiranya akaun anda dihalang, TikTok akan memberikan notifikasi dan anda diberikan peluang untuk melakukan rayuan sekiranya berlaku kesilapan.
Turut diperkenalkan ialah ciri ‘Account Check’ yang menunjukkan status 30 video terakhir yang dimuat naik pengguna.
Pemilik akaun boleh melihat sama ada mereka ada melakukan pelanggaran terma laman dan sama ada video mereka yang sudah dipadam oleh TikTok. -Amanz
Topic Berkaitan
#TikTok
#For You
#teori konspirasi
#Account Check
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan