awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TikToker Rayyan Wong ditahan kes hina Agong, TMJ dan PM

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2024
01:45 MYT
TikToker Rayyan Wong ditahan kes hina Agong, TMJ dan PM
Razarudin berkata, sebelum itu laporan dibuat pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkaitan kandungan terbabit. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemilik akaun TikTok, Rayyan Wong ditahan pada Rabu bagi siasatan lanjut berkaitan kandungan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri yang dimuat naik menerusi media sosial berkenaan baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, sebelum itu laporan dibuat pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkaitan kandungan terbabit.
"Siasatan lanjut dijalankan kemudiannya membawa kepada tangkapan suspek.
"Pegawai itu melihat kandungan terbabit yang dimuat naik pada jam 4.30 petang oleh pemilik akaun TikTok terbabit di aplikasi TikTok," katanya pada Rabu.
Katanya, kandungan terbabit didapati bersifat bersifat jelik yang dipercayai dengan niat untuk menyakitkan hati, memperlekeh dan menghina institusi diraja.
"Ia juga turut didapati membangkitkan kebencian serta provokasi terhadap Institusi Diraja yang berpotensi mengganggu-gugat keselamatan awam dan keharmonian negara.
"Selain tangkapan, polis juga turut merampas telefon pintar dipercayai milik suspek," katanya.
Menurutnya, siasatan masih dijalankan dengan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Rayyan Wong
#Razarudin Husain
#TikTok
#hina Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan