SEREMBAN: Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao ke-17 (TPA-M17) dijangka mengatur gerak kumpulan pendahuluan ke Filipina pada 26 Mac ini bagi memantau proses perjanjian antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Panglima Angkatan Bersama Lt Jen Datuk Indera Yazid Arshad berkata kumpulan berkenaan akan menggunakan pesawat komersial namun tertakluk kepada perolehan visa dan prosedur operasi standard (SOP) semasa kemasukan ke negara itu.
"Kami akan berusaha merancang supaya kumpulan ini dapat tiba awal di Cotabato City, Iligan City dan Zamboanga City bagi melaksanakan serah terima tugas sebelum majlis transfer of authority (TOA) yang dijadualkan pada 11 April ini.
"Bagi kumpulan induk pula akan digerakkan menggunakan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 10 April. Segala perancangan terperinci untuk pergerakan ini akan sentiasa dikemas kini," katanya dalam kenyataan sempena majlis penutup Force Integration Training (FIT), TPA-M17 di Port Dickson di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan kesemua anggota TPA-M17 untuk sentiasa dilihat sebagai sebuah organisasi yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan bersikap adil kepada kedua-dua pihak yang bertelingkah meskipun melalui situasi yang sukar.
"Filipina dijangka mengadakan pilihan raya umum pada tahun ini, maka bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan kelak. Apabila emosi berjaya menguasai diri, kita mungkin tidak lagi akan bersikap adil dan cenderung kepada satu-satu pihak sahaja, jadilah seorang yang neutral," katanya.
Beliau yang melahirkan penghargaan kepada anggota TPA-M17 turut menasihati mereka supaya menggalas amanah dengan sebaik mungkin ketika berada di negara berkenaan demi menjaga nama baik Malaysia.
"Pemilihan anda merupakan rentetan pengiktirafan oleh kerajaan Filipina terhadap kemampuan Malaysia dalam menerajui proses damai di Mindanao sejak sekian lama, sudah semestinya kejayaan kita dalam misi ini sentiasa menjadi perhatian dunia," katanya.
TPA-M17 menggantikan TPA-M16 yang bertugas selama setahun di Mindano dan disertai 15 pegawai termasuk daripada TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia serta diketuai Panglima 3 Divisyen ATM Mejar Jen Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim.
Penglibatan Malaysia mengetuai Tim Pemantau Antarabangsa-Mindanao (TPA-M) bermula pada 10 Okt 2004 berikutan jemputan daripada kerajaan Filipina dan MILF bagi memenuhi hasrat Filipina untuk memantau gencatan senjata antara kedua-duanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022
Kumpulan induk pasukan itu akan digerakkan menggunakan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 10 April. - Gambar fail/ Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Tim Pemantau Antarabangsa Mindanao hantar kumpulan pendahuluan ke Filipina 26 Mac
Kumpulan berkenaan akan menggunakan pesawat komersial namun tertakluk kepada perolehan visa dan prosedur operasi standard (SOP) semasa.