awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Menteri Luar adakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar, Iran

Bernama
Bernama
31/03/2021
03:21 MYT
Timbalan Menteri Luar adakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar, Iran
Sempena lawatan itu, Kamarudin (gambar) dijadual bertemu rakan sejawatannya dan pihak berkepentingan yang lain.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar akan mengadakan lawatan rasmi ke Turki, Qatar dan Iran mulai Rabu hingga 6 April.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan berkenaan memperlihatkan betapa Malaysia memberi perhatian terhadap hubungan dan kerjasama dengan tiga negara di Asia Barat itu.
Sempena lawatan itu, Kamarudin dijadual bertemu rakan sejawatannya dan pihak berkepentingan yang lain.
"Agenda utama adalah untuk memperkukuhkan lagi kerjasama sedia ada, termasuk perkara berkaitan pemulihan pasca pandemik COVID-19, serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama," kata kenyataan itu.
Lawatan berkenaan dilaksanakan di bawah prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti dipersetujui Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara serta pihak berkuasa kesihatan Turki, Qatar dan Iran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kamarudin Jaffar
#lawatan
#Turki
#Qatar
#Iran
#SOP
#Timbalan Menteri Luar
#kerjasama
#Asia Barat
#SOP ketat
#Wisma Putra
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan