awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan Menteri pecat pegawai rakam bawah skirt wanita

Astro Awani
Astro Awani
09/09/2018
14:53 MYT
Timbalan Menteri pecat pegawai rakam bawah skirt wanita
Azis menjelaskan tindakan pegawai itu menjejaskan kredibilitinya selaku timbalan menteri dalam negeri. - Gambar media sosial
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman memecat pegawainya yang didakwa merakam video bawah skirt seorang staf wanita kedai cermin mata.
Dalam satu kenyataan menerusi Facebook yang dikeluarkan selepas beberapa jam video perbuatan pegawainya itu tular, Azis memohon maaf atas tidakan pegawainya itu dan memaklumkan insiden itu tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabatnya.
Azis menegaskan, beliau memandang serius tindakan individu itu dan menjelaskan bahawa ia dilakukan tanpa disedarinya.
"Tindakan dan perbuatan sedemikian adalah terkutuk dan keji. Saya juga mengambil keputusan untuk bertindak tegas terhadap pegawai tersebut yang membuat rakaman itu.
"Selepas membuat pertimbangan, keputusan untuk memecat pegawai tersebut dibuat serta-merta kerana tindakan tersebut yang menjejaskan imej dan kredibiliti saya selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pejabat Timbalan Menteri.
"Saya memohon maaf atas tindakan pegawai tersebut dan ia tidak ada kena mengena dengan pegawai-pegawai lain dalam pejabat Timbalan Menteri yang sedang bertugas dengan saya," katanya.
Beberapa jam sebelum itu, seorang wanita yang mendakwa pekerja di sebuah kedai mata di Publika membuat laporan polis terhadap lelaki yang merakam dari bawah skirtnya.
Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai cermin mata bertarikh 8 September 2018, seorang wanita berpakaian serba hitam dilihat sedang memeriksa mata Azis dengan seorang lelaki yang mengiringi Ahli Parlimen Sepanggar itu duduk di belakang wanita itu.
Lelaki itu kemudian dilihat duduk mendekati wanita tersebut seterusnya membuat rakaman dari bawah skirt wanita berkenaan menggunakan telefon bimbitnya.
Topic Berkaitan
#Azis Jamman
#Malaysia
#pecat
#pegawai
#rakam
#Sepanggar
#skrit
#Timbalan Menteri
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan