Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Taylor Swift lancar empat lagu baharu untuk 'The Life of a Showgirl: The Encore'

Sumber: REUTERS
Menurut Swift (foto), empat lagu tambahan itu dihasilkan ketika beliau berada di Sweden bersama dua penerbit muzik terkenal, Max Martin dan Shellback, bagi meraikan kejayaan album asal yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

LOS ANGELES: Bintang pop antarabangsa Taylor Swift secara rasmi melancarkan empat lagu baharu menerusi edisi lanjutan album hitnya, The Life of a Showgirl: The Encore, yang tersedia di platform penstriman global mulai Jumaat.

Edisi lanjutan album studio ke-12 penyanyi itu menampilkan empat lagu baharu iaitu "Patient Zero", "Cleveland!", "Pink Clouding" dan "Babylon".

Lagu "Patient Zero" dipilih sebagai single utama bagi projek berkenaan, manakala video muziknya dijadual ditayangkan secara rasmi pada Ahad ini sempena MTV Video Music Awards (VMAs) 2026.

Video muzik itu turut menampilkan pelakon terkenal Colin Farrell dan Dakota Johnson.

Pada acara sama, Swift dijadual menerima pengiktirafan sulung Artist Director Honors, sekali gus menambah lagi pencapaian dalam kariernya sebagai antara artis paling berpengaruh dalam industri muzik global.

Antara lagu yang turut menarik perhatian peminat ialah "Cleveland!", yang dipercayai merujuk kepada kampung halaman suaminya, bintang NFL dan Kansas City Chiefs, Travis Kelce, di Cleveland Heights, Ohio.

Menurut Swift, empat lagu tambahan itu dihasilkan ketika beliau berada di Sweden bersama dua penerbit muzik terkenal, Max Martin dan Shellback, bagi meraikan kejayaan album asal yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu.

"The Life of a Showgirl" sebelum ini mencatat kejayaan besar di pasaran apabila merekodkan minggu pertama terbesar dalam sejarah pelancaran album, menurut kenyataan yang dikongsikan Swift ketika mengumumkan edisi lanjutan itu.

Must Watch Video

Advertisement