awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Timbalan pengerusi masjid pula direman kemuka nama penerima zakat tidak layak

Bernama
Bernama
06/11/2024
07:20 MYT
Timbalan pengerusi masjid pula direman kemuka nama penerima zakat tidak layak
Suspek ditahan pada 12.30 tengah hari semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kemaman. - Gambar/ Bernama
CHUKAI: Seorang lagi suspek dipercayai terlibat dalam kes mengemukakan senarai nama penerima zakat tidak layak kepada sebuah badan kebajikan swasta April lepas, direman enam hari.
Menurut sumber, perintah reman terhadap lelaki berusia 50-an yang juga timbalan pengerusi masjid itu dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini.
Suspek ditahan pada 12.30 tengah hari semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kemaman.
"Suspek ditahan atas kesalahan mengemukakan senarai nama asnaf berstatus miskin yang palsu kepada sebuah badan kebajikan daripada syarikat swasta di Kerteh untuk melayakkan isterinya menerima zakat wakalah sumbangan syarikat berkenaan.
"Perintah reman dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. Reman enam hari dibenarkan mahkamah terhadap suspek yang akan ditahan di Lokap Balai Polis Chukai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009," menurut sumber itu.
Semalam, pengarah SPRM Terengganu Hazrul Shazreen Abd Yazid dilaporkan tidak menolak kemungkinan pihaknya akan membuat beberapa tangkapan susulan bagi membantu siasatan ekoran penahanan pengerusi masjid yang sama atas kesalahan serupa.
Pengerusi masjid yang juga pekerja di syarikat swasta itu ditahan SPRM Isnin lepas kerana disyaki mengemukakan senarai asnaf termasuk individu tidak layak menerima agihan zakat berkenaan iaitu isterinya yang menerima RM1,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#wang zakat
#timbalan pengerusi masjid
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan