awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan IS atau ISIL bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan - Najib

Bernama
Bernama
26/09/2014
03:20 MYT
Tindakan IS atau ISIL bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan - Najib
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan militan Negara Islam (IS) atau Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) adalah bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan - Foto Bernama
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan tindakan militan Negara Islam (IS) atau Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) adalah bertentangan dengan Islam dan kemanusiaan.
Perdana Menteri menegaskan kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang jihad tidak mewakili Islam sebenar.
"Mereka tidak sepatutnya merujuk diri mereka sebagai negara kerana mereka bukan sebuah negara atau negeri.
"Malaysia adalah sebuah negara Islam yang sederhana dan progresif dan menolak fahaman pelampau," katanya kepada pengurus dana Amerika Syarikat (Amerika) semasa mengadakan pertemuan di sebuah hotel di sini pada Khamis (Jumaat di Malaysia).
Amerika, setelah mendapat sokongan beberapa negara Arab, baru-baru ini melancarkan serangan udara terhadap kumpulan militan di Syria, kerana khuatir serangan terhadap Amerika dan kepentingan Barat.
IS atau ISIL dilaporkan membunuh orang yang tidak bersalah termasuk memenggal kepala mereka.
Topic Berkaitan
#Arab
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#ISIS
#Pentagon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan