awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan Eric Paulsen cubaan campur tangan hal ehwal agama lain

Bernama
Bernama
13/01/2015
15:02 MYT
Tindakan Eric Paulsen cubaan campur tangan hal ehwal agama lain
JAMIL KHIR: Teks khutbah disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing dan semuanya cukup tersedia serta bertujuan memberi pesanan kepada jemaah untuk sentiasa menjaga kehidupan sebagai seorang muslim. - Gambar Fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyifatkan komen Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen dalam akaun twitternya berhubung khutbah Jumaat, sebagai percubaan untuk campur tangan dalam hal-ehwal agama penganut lain yang tidak sepatutnya berlaku.
Beliau berkata Paulsen tidak sepatutnya melibatkan diri dalam perkara sedemikian memandangkan khutbah merupakan rukun dalam solat Jumaat.
"Mana bukti dan fakta yang katakan khutbah Jumaat kita menggunakan ekstremisme, sedangkan teks khutbah ini disiarkan setiap minggu di laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)... kalau Jakim yang beliau maksudkan," katanya.
Jamil Khir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir berjumlah RM300,000 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kepada kerajaan negeri di Pejabat Menteri Besar Perak hari ini.
Katanya teks khutbah disediakan oleh Jabatan Agama Islam negeri masing-masing dan semuanya cukup tersedia serta bertujuan memberi pesanan kepada jemaah untuk sentiasa menjaga kehidupan sebagai seorang muslim.
Mengulas kontroversi membabitkan perlakuan segelintir peminat remaja perempuan beragama Islam yang bertudung ketika penganjuran konsert kumpulan K-Pop, B1A4 di ibu negara baru-baru ini, Jamil Khir berkata kerajaan menyerahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk membuat siasatan.
Beliau meminta semua pihak agar tidak terlalu cepat menjatuhkan hukum kepada mereka yang terbabit, sebaliknya sabar menanti tindakan daripada pihak bertanggungjawab iaitu Jawi.
"Kita kena faham sensitiviti agama itu satu perkara yang penting, apatah lagi dalam konteks pelaksanaan agama Islam di negara ini. "Tatasusila, kesopanan, termasuklah budaya amat berhubung kait dengan hukum agama, masyarakat amat sensitif dengan hal seperti ini," katanya. -- BERNAMA NBA SBB ROS
Topic Berkaitan
#eric paulsen
#khubat Jumaat.
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom
#Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan