Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) meninggalkan parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas adalah tindakan demi kepentingan diri masing-masing dan bukannya rakyat.
Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Dr Yusof Yacob berkata, kedua-dua mereka dipercayai menerima tekanan dan perlu terus bersama Kerajaan Persekutuan hingga mereka sekali lagi berpaling tadah serta terpaksa menyokong PN.
"Kerajaan Sabah mengambil maklum mengenai pengumuman keluar parti oleh ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut, Datuk James Ratib.
"Alasan kedua-dua wakil rakyat kononnya mereka beralih sokongan demi rakyat serta hilang kepercayaan kepada Presiden UPKO hanyalah satu retorik untuk meletakkan kesalahan di bahu orang lain dan melepaskan diri daripada kecaman pengikut dan pengundi," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Dr Yusof yang juga Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah menambah, semasa Pilihan Raya Umum 2018, Limus dan James bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) tetapi disebabkan kekalahan BN kepada PH di Putrajaya, mereka meninggalkan parti lama kerana mahu menyokong Warisan yang bekerjasama dengan PH.
Dedahnya, Limus mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat, Perwira Progresif Sdn Bhd yang mendapat kontrak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah berjumlah RM385 juta manakala James merupakan antara kontraktor yang mendapat manfaat daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Sementara itu, Dr Yusof menegaskan Kerajaan Sabah masih kukuh dengan jumlah 45 kerusi DUN serta tindakan Limus dan James tidak akan menggugat kestabilan politik Sabah, malah agenda pembangunan negeri akan diteruskan demi kesejahteraan rakyat.
"Semua wakil rakyat Kerajaan Sabah juga telah menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri untuk terus mentadbir negeri dan menuntut hak-hak Sabah daripada Kerajaan Persekutuan.
"Saya sentiasa berhubung dan berbincang dengan ADUN Kerajaan Sabah. Saya tahu isi hati dan keyakinan mereka kepada kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah. Saya berkeyakinan penuh mereka kekal setia dan menjaga kredibiliti," katanya.
Astro Awani
Mon Jun 15 2020
YUSOF: Alasan kedua-dua wakil rakyat kononnya mereka beralih sokongan demi rakyat serta hilang kepercayaan kepada Presiden UPKO hanyalah satu retorik. - Sinar Harian
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Tindakan James, Limus bukan demi rakyat tetapi kepentingan sendiri - Warisan
Tindakan James dan Limus meninggalkan UPKO dan menjadi wakil rakyat bebas adalah tindakan demi kepentingan diri masing-masing dan bukannya rakyat.
Keluar UPKO: 'Kami mulakan gendang dipalu, ramai akan ikut' - ADUN Sugut
ADUN Sugut, Datuk James Ratib berkata, pihaknya menjangkakan lebih ramai akan keluar mengikut jejak langkahnya dalam tempoh sehari dua ini.
Dua ADUN UPKO tinggalkan parti, jadi wakil rakyat bebas
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UPKO mengumumkan keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.