awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan pantas bomba selamatkan bayi terkunci dalam kereta

Bernama
Bernama
03/06/2024
12:30 MYT
Tindakan pantas bomba selamatkan bayi terkunci dalam kereta
Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki yang terkunci dalam kereta hari ini. - BERNAMA
KOTA KINABALU: Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berjaya menyelamatkan seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang terkunci dalam kereta di Jalan Gaya di sini hari ini.
Jurucakap JBPM Sabah berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 11.28 pagi tadi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke tempat kejadian.
"Sebaik tiba di lokasi, terdapat seorang bayi lelaki terkunci di dalam sebuah kereta. Pasukan bomba kemudian bertindak membuka pintu kereta yang terkunci dengan menggunakan peralatan khas.
"Pasukan bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk membuka pintu kereta tersebut sebelum menyerahkan bayi itu kepada ibu bapanya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata selepas memastikan keadaan selamat, operasi ditamatkan pada pukul 11.44 pagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM Sabah
#bayi terkunci dalam kereta
#Jalan Gaya
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan