awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan pantas orang awam selamatkan rumah daripada hangus

Azee Shafy
Azee Shafy
22/06/2022
16:57 MYT
Tindakan pantas orang awam selamatkan rumah daripada hangus
Menurut bomba, kebakaran dikatakan berpunca dari salah satu barangan elektrik dipercayai peti sejuk mini yang terletak di ruang tamu. - Foto ihsan bomba
BERA: Tindakan pantas orang awam telah berjaya menyelamatkan sebuah rumah penerokawati di Felda Purun, di sini dari terbakar keseluruhannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Muhammad Redzuan Rahimpudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.04 tengah hari Rabu, sebelum 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian.
"Bagaimanapun, setibanya anggota di sana, didapati kebakaran telah dipadam sepenuhnya oleh orang awam dengan menggunakan alat pemadam api dan paip air.
"Operasi bertindak melakukan pemantauan bagi memastikan tiada lagi punca-punca yang boleh menyebabkan kebakaran berulang.
"Kebakaran melibatkan 10 peratus di bahagian ruang tamu namun tidak melibatkan struktur bangunan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Difahamkan, mangsa, Hadijah Muhi, 82 tiada di rumah semasa kejadian dan hanya dimaklumkan mengenai kejadian oleh jiran yang bertindak memasuki rumah melalui pintu belakang untuk membantu memadamkan kebakaran.
Muhammad Redzuan berkata, berdasarkan siasatan awal, kebakaran berpunca daripada salah satu barangan elektrik dipercayai peti sejuk mini yang terletak di ruang tamu, dan kerugian dianggarkan berjumlah RM50,000.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#penerokawati Felda
#Felda Purun
#Hadijah Muhi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan