SHAH ALAM: Tindakan mempertikai waktu mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam lebih banyak berbanding subjek teras lain hanya ditimbulkan segelintir individu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad menyifatkan tindakan itu sebagai sesuatu yang pelik memandangkan rungutan sedemikian tidak pernah disuarakan oleh mana-mana pihak.
"Agak pelik kalau orang cuba merungut bab itu. Selama ini tidak ada pun kita dengar rungutan dalam bentuk macam itu. Jadi, apabila kita dengar ia agak sedih.
"Itu lumrah biasa dalam kalangan masyarakat. Ada dalam kalangan mereka mungkin dia (individu berkenaan) tidak faham atau sengaja buat tidak faham, terpulang pada dia," katanya yang ditemui pemberita pada majlis pelancaran Madrasah Tahfiz Orang Kurang Upaya (OKU) Ata' bin Abi Rabah (MATAAR) di sini semalam.
Beliau mengulas mengenai satu ciapan yang tular di Twitter baru-baru ini berhubung tindakan seorang individu mempersoalkan masa bagi mata pelajaran Pendidikan Islam sama banyak diajar dengan Bahasa Inggeris dan lebih banyak daripada mata pelajaran Matematik dan Sains.
Mengenai MATAAR, Idris berkata ia terletak di kawasan seluas lebih satu hektar yang diwakaf kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Parit 3, Sungai Burong, Tanjong Karang dekat sini.
Beliau berkata madrasah itu akan diselia badan bukan kerajaan (NGO) Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat.
Sementara itu, Pengerusi MATAAR Dr Abdol Hamid Ishak berkata madrasah tersebut adalah bekas sebuah tapak maahad tahfiz yang perlu dibaik pulih dengan kos melebihi RM3 juta bagi keselesaan pelajar OKU.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 22 2022
IDRIS: Selama ini tidak ada pun kita dengar rungutan dalam bentuk macam itu, apabila ia terjadi, ia agak sedih. - Gambar fail/Sinar Harian
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
Pendidikan Islam asas penting membangun dan perkasa umat Islam - Pemangku Raja Perlis
Ia penting dalam memastikan umat Islam di Perlis terus berpegang dengan ajaran yang sahih berdasarkan manhaj Ahlus Sunnah Waljamaah.
Tindakan pertikai pengajaran Pendidikan Islam lebih banyak hanya dari segelintir individu
Ia sesuatu yang pelik memandangkan rungutan sedemikian tidak pernah disuarakan oleh mana-mana pihak.
Tinjauan dalam talian untuk tingkat kualiti Pendidikan Islam
PPKPI bersetuju melaksanakan satu tinjauan dalam talian melibatkan semua pemegang taruh Sistem Pendidikan Kebangsaan bagi mendapatkan input tambahan dalam usaha menambah baik mata pelajaran itu.
Gagasan mahu Pendidikan Islam, Moral jadi subjek wajib lulus SPM
Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menyaran agar subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dijadikan mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia.