awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan segera jika keluar kenyataan hasutan, sebar maklumat palsu - Polis Johor

Bernama
Bernama
10/12/2015
23:50 MYT
Tindakan segera jika keluar kenyataan hasutan, sebar maklumat palsu - Polis Johor
Polis mengingatkan orang ramai agar lebih peka dan sensitif dalam berkongsi maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan rakyat. - Gambar hiasan
Polis Johor akan terus mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang didapati mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan serta menyebarkan maklumat palsu dalam media sosial.
Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, isu itu sememangnya telah mendapat perhatian pihaknya dan bagi menanganinya, setiap laporan polis yang dibuat oleh mangsa akan diteliti secara adil dan saksama bagi membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
"Kebelakangan ini, tindakan memuat naik, berkongsi dan menyebarkan kenyataan-kenyataan penghinaan terhadap individu di media sosial dilihat semakin menjadi-jadi.
"Kegiatan tidak bertanggungjawab ini telah menjejaskan imej invididu tersebut dan jika tidak dibendung segera, boleh mengganggu gugat ketenteraman awam," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.
Wan Ahmad berkata siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Akta 574), Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau mengingatkan orang ramai agar lebih peka dan sensitif dalam berkongsi maklumat yang boleh menjejaskan keharmonian serta kesejahteraan rakyat.
Topic Berkaitan
#hasutan
#maklumat
#media sosial
#palsu
#polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan