awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tegas diambil jika Asmaul Husna dihidupkan kembali

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
05/04/2021
00:40 MYT
Tindakan tegas diambil jika Asmaul Husna dihidupkan kembali
Datuk Ahmad Marzuk Shaary pada masa sama meminta individu yang mempunyai maklumat berkenaan tampil membuat laporan. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Tindakan tegas akan diambil sekiranya ajaran Asmaul Husna Wan Maseri dihidupkan kembali seperti yang didakwa oleh bekas pengikutnya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary pada masa sama meminta individu yang mempunyai maklumat berkenaan tampil membuat laporan.
"Kita dah masukkan dalam perbincangan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Muzakarah MKI) dan ajaran 'Asmaul Husna Wan Maseri' ini sudah ada keputusan.
"Cuma bila dia datang dengan bertaubat dan mengakui ajaran dia salah, jadi, isu itu agak reda.
"Cuma kalau ada dakwaan bawa ajaran itu kita akan ambil tindakan yang tegas lah, sebab cara yang dibawanya itu sudah pun diakui kesalahan (dari segi) manhaj sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah,” beliau berkata ketika diminta mengulas laporan Astro AWANI berhubung ajaran Asmaul Husna yang kembali dihidupkan seperti yang didakwa oleh bekas pengikutnya.
BACA: Ajaran Asmaul Husna dikesan masih aktif di Kelantan, giat rekrut ahli di media sosial
Bahkan semalam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) turut melaporkan pihaknya sedang mengesan pengikut ajaran berkenaan yang terdiri daripada tenaga pengajar di tadika dan pusat asuhan kanak kanak.
BACA: JAHEAIK pantau enam tadika dimiliki pengikut ajaran sesat Asmaul Husna
Ahmad Marzuk berkata, sebelum ini pengasas ajaran berkenaan telah tampil dan mengaku salah atas ajaran yang dibawanya.
Topic Berkaitan
#Asmaul Husna
#tindakan tegas
#Ahmad Marzuk Shaary
#maklumat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan