KUALA LUMPUR: Penjaja yang didapati menyewakan tapak bazar Ramadan kepada pihak lain akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Datuk Azman Abidin.
Beliau berkata demikian susulan terdapat dakwaan bahawa tapak bazar Ramadan pada tahun-tahun sebelum ini dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan menyewakan tapak itu dengan kadar bayaran lebih tinggi kepada peniaga lain.
"Kita telah maklumkan kepada penguat kuasa DBKL bahawa kita perlu lebih tegas untuk tahun ini. Sekiranya kita dapati ada penjaja yang dapat (tapak) dan sewakan kepada orang lain, kita terus rampas lesen itu dan tidak dibenarkan berniaga selama-lamanya oleh DBKL," katanya ketika ditemui selepas program Sumbangan Back To School di Institut Latihan DBKL di sini pada Ahad.
Azman berkata meskipun isu terbabit dilihat mencabar untuk ditangani, DBKL mempunyai pasukan petugas untuk melaksanakan penguatkuasaan membabitkan kesalahan itu.
"Hal ini kerana kita tidak boleh kenal pasti mereka (yang menyewakan tapak dan menjual lesen) kerana walaupun mereka sudah sewakan (tapak) kepada orang lain, apabila ditangkap orang itu maklumkan dia bekerja dengan pelesen berkenaan.
"Jadi, itu antara masalah yang dihadapi. Tetapi kita cuba untuk pastikan perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 25 2024
Penjaja yang didapati menyewakan tapak bazar Ramadan kepada pihak lain akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). - Gambar hiasan/BERNAMA
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Tindakan tegas terhadap penjaja eksploitasi tapak bazar Ramadan
Penjaja yang didapati menyewakan tapak bazar Ramadan kepada pihak lain akan dikenakan tindakan tegas oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Konsert Muse buka ruang rezeki penjaja kecil
Golongan penjaja kecil di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil berharap diberi peluang dan ruang untuk mencari rezeki.
Salah guna lesen perniagaan: Penjaja, peniaga mahu PBT kaji punca, laksana tindakan proaktif
PBT diminta mengkaji punca sebenar berlakunya pemberian lesen perniagaan oleh penjaja tempatan kepada warga asing.
Isu Padang Polo: MBI akan berunding dengan 7 penjaja enggan pindah - Datuk Bandar
MBI akan memanggil semula kesemua tujuh penjaja tersebut dalam masa terdekat, bagi rundingan menyelesaikan kemelut berkenaan.
Kerajaan akan terus bantu penjaja dan peniaga kecil - Ewon
Kerajaan memberi komitmen untuk sentiasa membantu golongan penjaja dan peniaga kecil agar terus menjadi antara penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara.
Peniaga, penjaja di KL digesa mohon lesen perniagaan sebelum 31 Dis
DBKL akan melaksanakan program pemutihan lesen perniagaan bermula 1 Januari tahun depan dan tiada sebarang kompromi selepas tempoh itu.
DBKL sita 6,932 barangan penjaja warga asing dari Januari-April
DBKL memaklumkan tindakan itu dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2016.
Tiga individu direman empat hari bantu siasatan kes tuntutan palsu
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan semalam bersama tiga lagi individu yang telah dilepaskan dengan jaminan SPRM.
Kempen #savethehawker bantu penjaja terjejas COVID-19
Ia membantu 40 penjaja yang memerlukan dengan memberi wang tunai sebanyak RM3,000 bagi setiap mereka.
4,000 penjaja dan peniaga kecil di Melaka mula divaksin menerusi MOVAK
Program MOVAK dilaksanakan di dua lokasi di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah selama empat hari bermula hari ini.