awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tindakan tidak bijak keluarkan cecair vape daripada Akta Racun - Dr Akmal Saleh

Faida Rahim
Faida Rahim
02/04/2023
09:31 MYT
Tindakan tidak bijak keluarkan cecair vape daripada Akta Racun - Dr Akmal Saleh
Pihak Pemuda UMNO meminta agar cadangan yang dikemuka itu dapat dipertimbangkan secara serius oleh Kementerian Kesihatan. - Gambar fail/EPA
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menarik semula keputusan mengeluarkan cecair vape yang mempunyai nikotin daripada Akta Racun yang disifatkan satu tindakan yang tidak bijak pada ketika ini.
Itu kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh berpendapat keputusan ini perlu ditarik semula demi kesihatan rakyat untuk jangka masa panjang manakala ketetapan itu perlu dinilai sehinggalah Parlimen meluluskan satu Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok yang akan mewujudkan Generasi Penamat Rokok dan Vape yang lahir selepas tahun 2007.
“Benar sebelum ini, kesemua cecair vape ini tidak dapat dikenakan cukai atas sebab cecair vape yang mempunyai nikotin ini berada di dalam senarai Akta Racun, tetapi implikasi terhadap kesihatan rakyat dalam jangka masa yang panjang adalah jauh lebih penting dari keuntungan yang diperoleh hasil dari pungutan cukai ke atas cecair vape ini,” katanya.
Menurut Dr Muhamad Akmal, penarikan cecair yang mempunyai nikotin daripada Akta Racun ini seolah lesen besar untuk membenarkan rakyat Malaysia tanpa mengira umur untuk mengambil nikotin tanpa sebarang bentuk garis panduan.
Jelas beliau, pihak Pemuda UMNO berpendirian tegas agar cadangan yang dikemuka itu dapat dipertimbangkan secara serius oleh Kementerian Kesihatan.
Selain itu, beliau turut menegaskan akan menyerahkan surat berhubung perkara ini dan menyatakan bantahan serta cadangan kepada Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan.
Topic Berkaitan
#Rang Undang-Undang
#UMNO
#vape
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan