awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tindas, bunuh orang Arab ... kamu sama saja macam Nazi' - Tun M jawab kenyataan akhbar Yahudi

Kenyataan Media
Kenyataan Media
25/07/2023
05:20 MYT
'Tindas, bunuh orang Arab ... kamu sama saja macam Nazi' - Tun M jawab kenyataan akhbar Yahudi
Dr Mahathir menegaskan meskipun memiliki rakan berbangsa Yahudi, itu tidak bermakna beliau tidak boleh mengkritik perbuatan salah kaum itu. -Facebook Dr Mahathir
KUALA LUMPUR: Kaum Yahudi hanya bercakap tentang peristiwa holocaust yang mencatatkan enam juta kematian, namun tidak pernah menzahirkan penghargaan kepada jutaan nyawa askar yang terkorban, cedera, dan lumpuh demi pembebasan mereka.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan di Facebook pada Selasa turut mendakwa tentera Israel menindas orang Arab seperti mana dilakukan oleh tentera Nazi kepada mereka dahulu.
“Kamu menindas mereka, membunuh mereka, mencuri tanah mereka, membina penempatan di tanah Arab.
“Anda tidak menunjukkan sebarang penghargaan atau berterima kasih kepada jutaan askar yang mati atau lumpuh untuk menghentikan holocaust demi menyelamatkan anda,” tegasnya dalam kenyataan itu.
Tun Mahathir menjawab emel ditulis Felix Pope pada 11 Julai lalu yang memaklumkan akhbar The Jewish Chronicle ingin mendapatkan pandangannya tentang beberapa isu termasuk dakwaan anti-Semitik.
Dalam pada itu, Tun Mahathir juga mendakwa kaum Yahudi melarikan diri daripada dianiaya di Eropah ke tanah Arab serta sanggup memenjarakan orang kerana menghina mereka.
“Ya. Yahudi mempunyai hidung mancung. Orang Melayu hidung kempis. Tiada masalah pun.
"Kami dipanggil dengan pelbagai nama. Kami tidak memenjarakan orang kerana mereka menghina kami.
"Hakikatnya ialah orang Yahudi melarikan diri dari penganiayaan Eropah ke negara Arab. Selama ratusan tahun tidak ada peperangan di antara kamu dan orang Arab.
“Tetapi apabila anda merampas tanah Arab dan mengusir mereka untuk mewujudkan negara Israel, masalah bermula.
"Anda tidak boleh menafikannya,” katanya.
Tegasnya, meskipun memiliki rakan berbangsa Yahudi, itu tidak bermakna beliau tidak boleh mengkritik perbuatan salah kaum itu.
“Ya, saya mempunyai kawan Yahudi. Saya tidak akan menamakan mereka. Mereka adalah orang yang baik.
"Tetapi hanya kerana saya mempunyai kawan Yahudi, tidak bermakna saya tidak boleh mengutuk perbuatan salah Yahudi, penindasan Yahudi dan rampasan Yahudi ke atas tanah Arab,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Israel
#Mahathir Mohamad
#Felix Pope
#Yahudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan