Badan Perhubungan UMNO Melaka mencadangkan agar mana-mana pemimpin atau anggota UMNO meninggalkan parti itu sekiranya masih berasa ragu-ragu dengan kepimpinan sedia ada, kata Pengerusinya Datuk Seri Idris Haron.
Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata tindakan itu perlu bagi memastikan parti itu kukuh dan memiliki anggota yang bersatu hati.
"Kita mestilah bersatu dalam segala-segalanya...mesti semuanya bersatu hati, bersatu fikiran dan bersatu tindakan, barulah parti boleh memenangi pilihan raya akan datang.
"Kita tidak mahu ada yang separa hati dalam perjuangan ini kerana itu mungkin akan menjadi pencetus kepada kekecewaan parti di masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Persidangan Berkelompok UMNO Bahagian Jasin 2016 di Lipat Kajang di sini yang dihadiri lebih 300 anggota UMNO bahagian tersebut.
Idris berkata parti itu sentiasa memberikan sokongan penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan meminta agar mana-mana pihak yang cuba mencemar kedudukan presiden atau institusi presiden, diambil tindakan.
Beliau berkata mereka itu bukan sahaja perlu dipecat dan disingkirkan jawatan serta keanggotaan mereka, bahkan sepatutnya melepaskan jawatan mereka.
"Hari ini kita tidak boleh menoleh kiri kanan, tidak boleh mendengar tohmahan dan fitnah yang menjurus kepada permainan persepsi ini.
"Kita perlu terus berhadapan dengan musuh dan memastikan parti ini menang pada pilihan raya akan datang dan terus relevan," katanya.
Sementara itu, di TAWAU, Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau hari ini mengambil ketetapan bersatu dan berikrar memberi sokongan padu tidak berbelah bahagi kepada Najib sebagai presiden parti dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).
Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata UMNO Tawau juga mengutuk sekeras-kerasnya Deklarasi Mahathir serta kesal dengan tindakan mantan presiden UMNO Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersekongkol dengan pembangkang.
"UMNO Tawau juga mendesak kerajaan bertindak tegas, menguatkuasakan segala peruntukan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat sistem pemerintahan negara," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Tawau hari ini.
Di Cameron Highlands, Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow berkata BN negeri itu menyatakan pendirian akan terus berdiri teguh di belakang Najib dalam menghadapi cabaran politik semasa.
"Sebarang usaha untuk mengetepikan Najib sebagai perdana menteri tanpa melalui pilihan raya bertentangan dengan prinsip demokrasi yang dipertahankan oleh BN," katanya kepada pemberita pada hari terakhir sesi pemukiman yang dihadiri 44 anggota jawatankuasa BN Pulau Pinang yang diadakan sejak Jumaat lalu, hari ini.
Bernama
Sun Mar 13 2016
IDRIS: Kita tidak mahu ada yang separa hati dalam perjuangan ini kerana itu mungkin akan menjadi pencetus kepada kekecewaan parti di masa akan datang.- Gambar fail
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Rusia pindah peralatan ketenteraan dari Syria
Rusia dilaporkan sedang mengemas peralatan ketenteraannya di pangkalan udara di wilayah pesisir Latakia, Syria, selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad oleh pemberontak hujung minggu lalu.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Imej satelit yang dikeluarkan menunjukkan sekurang-kurangnya dua pesawat, antara pesawat kargo terbesar di dunia, berada di pangkalan tersebut dengan bahagian hadapan pesawat terbuka untuk pemuatan peralatan.
Qatar, AS tekankan kepentingan kesatuan Syria
Qatar dan Amerika Syarikat menekankan kepentingan kesatuan Syria dan peralihan kuasa secara aman negara itu melalui proses politik inklusif yang berasaskan Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2254.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Menurut Kementerian Luar Qatar dalam satu kenyataan, perkara itu bagi meningkatkan usaha untuk melindungi orang awam dan memerangi keganasan di Syria.
Blinken bahas isu Syria dalam lawatan mengejut ke Iraq
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken, melakukan lawatan mengejut ke Iraq pada Jumaat dan bertemu Perdana Menteri Mohammed Shia al-Sudani untuk membincangkan peralihan politik Syria.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Beliau menyeru pembentukan kerajaan inklusif dan tidak bersifat sektarian selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Austria tawar 1,000 Euro kepada pelarian Syria
Kerajaan Austria menawarkan 1,000 euro kepada pelarian Syria untuk kembali ke negara mereka selepas kejatuhan kerajaan rejim Bashar al-Assad.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
Canselor Austria, Karl Nehammer dalam satu hantaran di X berkata, tawaran itu mencerminkan sokongan Austria kepada pelarian Syria di negara itu.
35,000 rakyat Syria dilapor hilang selama 13 tahun konflik
Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) mendedahkan bahawa lebih 35,000 individu telah didaftarkan sebagai hilang sejak bermulanya konflik di Syria 13 tahun lalu.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
Menerusi hantaran di X Ketua Delegasi ICRC di Syria, Stephan Sakalian, menggesa semua pihak di negara itu untuk memastikan rekod penting seperti log penangkapan, senarai tahanan, rekod kematian, serta dokumen mahkamah dan hospital tidak dimusnahkan.
PRN Melaka: 'Idris, pilih tempat lain kalau nak ceramah, jangan ganggu mesyuarat UMNO' - Ahmad Maslan
Jelas Ahmad, Idris telah disahkan dilucut keahlian dan tidak sepatutnya bertindak demikian.
PRN Melaka: Mesyuarat Cawangan UMNO Klebang Kecil kecoh, Idris muncul beri ucapan
Keadaan mula kecoh selepas ada antara Ahli Jawatankuasa UMNO yang mempersoalkan lokasi mesyuarat diadakan.
Politik Melaka: Jika Idris langgar sumpah setia, Kerajaan Negeri akan ambil tindakan - Kamel
Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka memandang serius tohmahan mantan ADUN Sungai Udang bahawa MMKN mengamalkan dasar terpilih.
Politik Melaka: Saya akan cari siapa cabar saya, mungkin 'dia' berminat di Sungai Udang? - Idris
Sebelum ini, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad mencabar Idris untuk bertanding melawannya dalam PRN Melaka jika dilaksanakan.
Operator tapak pelupusan dikompaun RM10,000 sisa air sampai ke sungai
Keputusan analisa sampel air menunjukkan, berlaku perlanggaran beberapa parameter yang ditetapkan.
Tangani banjir kilat: Melaka usaha banyakkan kolam takungan air di taman perumahan
Datuk Seri Idris Haron berkata langkah itu sudah dilaksanakan di beberapa taman perumahan dan ia dilihat berjaya mengatasi bencana itu.
Pecat Idris Haron suatu dakwaan mengarut - Sulaiman
Menurut Sulaiman, kenyataan itu adalah suatu yang tidak masuk akal dan ia sengaja dicetuskan oleh individu tidak bertanggungjawab
Idris Haron serah nasib kepada pucuk pimpinan BN tentukan kerusi yang akan ditandingi
Datuk Seri Idris Haron berkata, buat masa ini, kemenangan besar parti pada PRU14 lebih menjadi keutamaan berbanding kehendak peribadi.
Kerajaan negeri Melaka umum insentif khas penggali kubur
Bantuan sekali bayar itu akan memberi manfaat kepada dua penggali kubur di setiap 194 kariah di seluruh negeri Melaka.
Persempadanan semula pastikan wakil rakyat berkhidmat lebih efektif
Langkah itu bagi memberi peluang dan ruang kepada pemimpin masyarakat itu untuk menyalurkan perkhidmatan yang diamanahkan secara menyeluruh.