KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan perkara itu dalam masa terdekat.
"Saya dimaklumkan bahawa ada negara yang telah meminta supaya proses imigresen (ke Malaysia) dilonggarkan sedikit bagi memudahkan pelajar antarabangsa melanjutkan pelajaran di negara kita.
"Kita akan bawa (perkara ini) kepada KDN untuk perbincangan lanjut (dalam masa terdekat)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di program Perbincangan Meja Bulat Duta-Duta anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini pada Rabu.
Beliau berkata KPT melalui agensi di bawahnya Education Malaysia Global Services (EMGS) sentiasa mengadakan aktiviti untuk mempromosikan universiti dalam negara kepada dunia luar.
Sementara itu, program perbincangan meja bulat berkenaan telah menghimpunkan 19 duta negara luar ke Malaysia bagi membincangkan perkara berkaitan globalisasi sektor pendidikan tinggi.
Turut hadir Naib Canselor UTM Prof Ahmad Fauzi Ismail serta Duta Besar dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia Michalis Rokas.
Terdahulu dalam ucapannya, Mustapha berkata program tersebut merupakan peluang terbaik bagi universiti di Malaysia mendapatkan pemahaman lanjut menerusi penglibatan dalam perbincangan dua hala bagi mengenal pasti penyelesaian inovatif yang mampu mengubah wajah pendidikan tinggi.
"Matlamat program ini ialah untuk menggalakkan dialog dan perbincangan yang interaktif mengenai cara untuk meningkatkan reputasi insitusi pendidikan tinggi di Malaysia di peringkat global.
"Ini mampu dicapai menerusi kerjasama dengan KPT dan kedutaan negara-negara luar di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Mustapha berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan lanjut dengan KDN berkenaan perkara itu dalam masa terdekat. - Foto fail/BERNAMA
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
Unjuran siling kemasukan pekerja asing tidak lebih 15 peratus akan dicapai hujung tahun
Unjuran siling kemasukan pekerja asing iaitu tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah guna tenaga negara seperti yang ditetapkan Kementerian Ekonomi akan dapat dicapai sebelum 31 Dis tahun ini.
DSA: KDN mahu manfaat teknologi, inovasi untuk kukuhkan kawalan sempadan
KDN sedang merangka strategi bagi meningkatkan penggunaan teknologi melibatkan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuh kawalan sempadan negara.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Pembinaan ICQS Bukit Berapit baharu dimuktamad bulan depan
KDN dan Kerajaan Negeri Perak akan memuktamadkan perbincangan mengenai pembinaan kompleks ICQS Bukit Berapit yang baharu, Mei ini.
Insiden lempar 'molotov cocktail': Polis kerah seluruh kekuatan kawal, kekalkan ketenteraman awam
Polis memandang serius percubaan membakar KK Mart itu yang merupakan insiden kedua selepas perkara serupa berlaku di KK Mart Bidor, Perak pada 26 Mac lepas.
Isu stoking tertera kalimah Allah: 'Jangan ambil undang-undang di tangan sendiri' - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri menggesa semua pihak agar tidak mendahului dan mengambil undang-undang di tangan sendiri dalam mana-mana perkara termasuk isu stoking yang tertera kalimah Allah.
Parlimen: Hak kewarganegaraan kanak-kanak terbuang tidak boleh dinafikan - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan menafikan hak kanak-kanak terbuang atau yang terpinggir untuk mendapat kewarganegaraan.
Isu stoking kalimah Allah: Siasatan diteruskan, 36 laporan ke atas KK Mart - KDN
Meskipun KK Mart di Sunway, Selangor sudah menarik balik kesemua stoking yang tertera kalimah Allah, namun KDN menegaskan siasatan terhadap kedai serbaneka itu akan tetap diteruskan.
289 kes pemerdagangan manusia dari 2022-2024
Sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam tempoh sama.