awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkat kapasiti perkhidmatan kesihatan: Jawatankuasa Ekonomi PH garis 3 langkah utama

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2021
04:31 MYT
Tingkat kapasiti perkhidmatan kesihatan: Jawatankuasa Ekonomi PH garis 3 langkah utama
Kerajaan perlu mewajibkan ujian saringan bersubsidi di tempat kerja secara berkala sebagai langkah pencegahan awal membendung penularan wabak. - Foto: Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa berbelanja dan melabur untuk meningkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam selain mewujudkan ruang kalis pandemik demi kelangsungan kegiatan ekonomi.
Selain meningkatkan kadar pemberian vaksin, Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan (PH) turut menggesa kerajaan melaksanakan tiga langkah utama demi kelangsungan kehidupan rakyat.
"Kerajaan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM15 bilion dalam bentuk geran, pembiayaan mudah dan insentif cukai untuk mewujudkan ruang kerja, kilang dan kuarters pekerja yang kalis pandemik.
"Mewajibkan ujian saringan bersubsidi di tempat kerja secara berkala sebagai langkah pencegahan awal membendung penularan wabak.
"Meningkatkan peruntukan untuk menambahkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam demi menangani wabak COVID-19 dan varian-varian baru virus tersebut," memetik kenyataan media yang dikeluarkan jawatankuasa itu hari ini.
Jawatankuasa itu turut menegaskan bahawa kegagalan dan impak ekonomi daripada siri sekatan pergerakan sebelum ini perlu menjadi iktibar bahawa PKP bukanlah langkah terbaik untuk memerangi wabak COVID-19 dalam jangka masa panjang.
Jelas jawatankuasa itu, kerajaan seharusnya perlu memikirkan langkah-langkah pencegahan penularan pandemik ini yang tidak memudaratkan masa depan negara dan kelangsungan hidup rakyat.
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#ujian saringan
#PKP
#pandemik
#vaksin
#COVID-19
#ekonomi
#Jawatankuasa Ekonomi Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan