awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar

Bernama
Bernama
04/03/2025
05:10 MYT
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan - PM Anwar
Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Peningkatan produktiviti boleh dicapai melalui program menambah kemahiran seperti TVET, penguasaan teknologi AI, dan pusat kecemerlangan.
  • Syarikat pelabur seperti Nvidia, Google, Microsoft, dan Infineon diwajibkan mewujudkan pusat kecemerlangan untuk latihan kemahiran.
  • Langkah ini bertujuan memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.

Anwar berkata langkah ini bagi memastikan individu memperoleh lonjakan pendapatan seiring dengan peningkatan produktiviti.
"Syarikat-syarikat yang masuk melabur (ke Malaysia), kita syaratkan mewujudkan pusat kecemerlangan. Ini termasuk Nvidia, Google, Microsoft dan Infineon.
"Kesemuanya mewujudkan pusat kecemerlangan untuk latihan menambah kemahiran, terutamanya AI.
"Saya akui AI ini satu pendekatan yang mencabar kerana walaupun kita jadikan ini dasar yang jelas tetapi penguasaannya itu masih terbatas," kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) yang ingin tahu mengenai perancangan kerajaan bukan sahaja untuk menaikkan gaji, malah meningkatkan kadar produktiviti pekerja bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Dewan Rakyat
#Peningkatan produktiviti
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan