awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkat modal saham KPF, bawa ke peringkat antarabangsa - Hamzah Zainudin

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/06/2017
13:36 MYT
Tingkat modal saham KPF, bawa ke peringkat antarabangsa - Hamzah Zainudin
HAMZAH: Jika ini dapat dilakukan, maka KPF ini akan menjadi sebuah koperasi yang lebih besar.
Kerajaan mencadangkan supaya Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) meningkatkan modal saham kepada lebih 270,000 pemegangnya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata inisiatif itu mampu untuk meningkatkan persaingan KPF sekali gus membawa koperasi itu ke peringkat yang lebih tinggi.
"Buat masa kini, saham KPF mempunyai had. Jadi saya tadi telah mengumumkan supaya mereka selepas ini membesarkan lagi dan membuka ruang supaya diberi peluang kepada orang untuk menambah saham.
"Jika ini dapat dilakukan, maka KPF ini akan menjadi sebuah koperasi yang lebih besar dan apabila lebih besar kita boleh memastikan peluang-peluang yang lain bukan hanya dalam negara malah luar negara, bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih besar," katanya kepada media.
Beliau sebelum itu menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan e-36 KPF dan majlis berbuka puasa di Menara Felda di sini hari ini.
Jelasnya, pada masa kini, 2.5 bilion unit saham ditawarkan dengan kadar pegangan antara 100 ke 250,000 unit.
Kadar saham KPF pada ketika ini adalah RM1 sesaham.
Topic Berkaitan
#Felda
#Hamzah Zainudin
#kerajaan
#koperasi permodalan
#KPF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan