Meningkatkan pertumbuhan ekonomi, menggalakkan penggunaan teknologi dalam industri pembuatan dan perkhidmatan serta merapatkan jurang pembangunan adalah antara cabaran yang perlu ditangani dalam Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata penggunaan teknologi masih rendah dalam industri pembuatan dan perkhidmatan.
"Walaupun sektor itu menyumbang hampir 79 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), namun tahap penggunaan teknologi masih rendah iaitu antara 20 peratus hingga 37 peratus," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Pelan Tindakan Perniagaan Industri 4.0 Pelan Teknologi 2020 pengeluar sarang burung, MyNest Group Malaysia pada Selasa.
Turut hadir Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif MyNest Group Malaysia Datuk Chua Huai Gen.
Mohd Redzuan berkata turut menjadi perhatian adalah jurang pendapatan isi rumah di bandar dan luar bandar yang semakin melebar hampir enam kali ganda dalam tempoh 27 tahun.
Katanya cabaran ekonomi adalah bagi memastikan tiada kumpulan yang ketinggalan untuk berkongsi kemakmuran.
Justeru, Mohd Redzuan berkata WKB 2030 adalah penting untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif kepada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah dan rantaian bekalan.
Beliau berkata pelaksanaan WKB 2030 meliputi semua rakyat, namun selaras dengan kesaksamaan beberapa kumpulan yang diberi keutamaan supaya kedudukan sosio-ekonomi mereka ditingkatkan agar tidak ketinggalan dalam usaha kerajaan untuk mencapai wawasan itu.
Mengenai pelan tindakan itu, Mohd Redzuan berkata ia menjadikan MyNest sebagai pengusaha sarang burung pertama di dunia yang menggunakan teknologi 4.0.
Beliau berkata penggunaan teknologi bukan sahaja meningkatkan pengeluaran produk, malah merendahkan kos.
"Dengan bantuan teknologi, ia akan dapat meningkatkan daya saing serta mengurangkan kebergantungan syarikat kepada pekerja asing," katanya.
Beliau berkata kemajuan teknologi yang digunakan akan meningkatkan kemahiran pekerja tempatan pada tahap yang tinggi dari segi pengurusan, penyelenggaraan robot berteknologi tinggi dan sensor kecerdasan buatan (AI) dan automatik.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 07 2020
Mohd Redzuan berkata WKB 2030 adalah penting untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif. - Gambar fail
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Tiada rancangan tubuh tribunal tanah
Kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan tribunal tanah memandangkan peruntukan yang ditetapkan dalam Ordinan Tanah Sabah memadai untuk mengendalikan isu pertikaian tanah di negeri ini.
Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan
Wakil rakyat pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberi
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Kerajaan negeri akan memperhalusi keperluan supaya peruntukan projek pembangunan dari Persekutuan di setiap daerah dimaklumkan kepada semua wakil rakyat termasuk pihak pembangkang.
Enam rumah separuh kekal di Kampung Unta musnah
Sekurang-kurangnya enam buah rumah jenis separuh kekal di Kampung Unta, Lahad Datu musnah dalam kebakaran pada awal pagi Rabu.
Hampir 5 juta rakyat Malaysia berisiko hidap pradiabetes, diabetes - Lukanisman
Diabetes tidak menunjukkan simptom dan kebanyakan individu tidak sedar menghidapinya selain berkemungkinan tidak menjalani pemeriksaan awal.
Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei
Harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.
Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok
Jasad mendiang Laskar Kanan Joanna Felicia Rohna akan diberikan penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut di lokasi yang dipersetujui waris di Serian.
Pegawai polis lakukan amang seksual ditahan
Polis Johor menahan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor kerana disyaki melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berusia 16 tahun, di kawasan Taman Johor Jaya, Isnin lalu.
Tak lepas tol kerana baki kad TnG tak cukup punca jurutol dimarah
Kejadian dipercayai berlaku selepas kereta dipandu suspek mahu melepasi Plaza Tol Segambut di DUKE pada 11.15 malam Ahad lepas.
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Mohd Redzuan negatif ujian saringan kedua COVID-19
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, disahkan negatif COVID-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan kedua pagi ini.
Teraju sedia peruntukan RM100 juta untuk DKB
Mohd Redzuan berkata, sektor keutamaan tambahan lain di Wilayah Koridor pula meliputi minyak dan gas, logistik serta ruminan di Sabah dan Sarawak.
COVID-19: SOP lebih ketat di tempat potensi penularan - Mohd Redzuan
Pelitup muka boleh dibekalkan secara one-off kepada pelajar jika dibuat daripada fabrik yang boleh dibersih dan disinfeksi selepas setiap kali diguna.
Tingkatkan pertumbuhan ekonomi antara cabaran perlu ditangani dalam WKB 2030
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata penggunaan teknologi masih rendah dalam industri pembuatan dan perkhidmatan.