awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tinjauan dalam talian untuk tingkat kualiti Pendidikan Islam

Bernama
Bernama
18/06/2019
21:00 MYT
Tinjauan dalam talian untuk tingkat kualiti Pendidikan Islam
Tarikh akhir untuk memberi pandangan atau cadangan kepada tinjauan dalam talian itu adalah pada 15 Julai depan. - Gambar hiasan
Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) melaksanakan tinjauan dalam talian bagi melihat pandangan yang relevan dan sesuai untuk diambil kira bagi meningkatkan kualiti mata pelajaran Pendidikan Islam, kata Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK).
MPPK berkata PPKPI bersetuju melaksanakan satu tinjauan dalam talian melibatkan semua pemegang taruh Sistem Pendidikan Kebangsaan bagi mendapatkan input tambahan dalam usaha menambah baik mata pelajaran Pendidikan Islam.
Ia melibatkan tinjauan pandangan segenap golongan rakyat bagi mendapatkan sebarang maklum balas mengenai pengalaman mereka menjalani pembelajaran dan berinteraksi di Sekolah Kebangsaan (SK), katanya.
"Ia (tinjauan) bukanlah satu undian atau petisyen untuk memberikan sebarang tekanan yang tidak wajar," kata MPPK dalam satu kenyataan pada Selasa berhubung kajian penambahbaikan mata pelajaran Pendidikan Islam oleh PPKPI.
PPKPI di bawah MPPK ditubuhkan pada 15 April lepas bagi melaksanakan kajian menyeluruh terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam bagi tujuan penambahbaikan.
Selain mendapatkan input daripada pelbagai agensi dan bahagian di Kementerian Pendidikan, PPKPI telah dan akan mengadakan pelbagai sesi perbincangan dengan pakar pendidikan, wakil badan bukan kerajaan dan sesi libat urus dengan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Islam.
MPPK berkata tarikh akhir untuk memberi pandangan atau cadangan kepada tinjauan dalam talian itu adalah pada 15 Julai depan.
Mereka yang ingin memberi pandangan atau cadangan boleh berbuat demikian dengan akses pautan https://forms.gle/SeVw82uoR2r8vnfp8.
"PPKPI komited dan jelas dengan tujuan dan keberhasilan utama kajian ini iaitu untuk memartabatkan mata pelajaran Pendidikan Islam di SK," kata MPPK.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#input tambahan
#Kementerian Pendidikan
#kerajaan
#kualiti
#Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan
#maklum balas
#Mata Pelajaran
#pasukan petugas khas
#pendidikan
#Pendidikan Islam
#PPKPI
#sekolah
#Sekolah Kebangsaan
#tinjauan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan