awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiong nafi minum arak, makan daging babi di pejabat

Bernama
Bernama
06/01/2024
05:00 MYT
Tiong nafi minum arak, makan daging babi di pejabat
Tiong berkata beliau tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan fitnah seperti itu tidak berlanjutan dan berulang pada masa depan.- Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing mencabar pihak yang menyebarkan fitnah menerusi aplikasi WhatsApp yang menuduh beliau meminum arak dan memakan daging babi di pejabat, untuk tampil dan bersemuka dengannya.
Menerusi kenyataan di Facebook, Tiong berkata beliau tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memastikan fitnah seperti itu tidak berlanjutan dan berulang pada masa depan.
"Tuduhan yang tidak berasas seperti ini mesti dikutuk sekeras-kerasnya. Saya selalu menghormati semua kumpulan etnik dan agama yang ada di Malaysia sebagai sebuah negara majmuk.
"Apa yang jelas, mereka yang sengaja memburukkan nama saya berhubung perkara ini dilihat cuba mencetuskan ketegangan kaum," katanya.
Dalam kenyataan itu, beliau turut meminta pihak yang membuat tuduhan tersebut agar mendedahkan identiti mereka, jika perkara itu benar dan mengingatkan setiap pihak agar tidak mewujudkan konflik perkauman serta kebencian demi kepentingan peribadi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Pelancongan Seni dan Budaya
#Tiong King Sing
#fitnah
#makan babi
#minum arak
#perkauman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan