TAIPING: Seorang buruh yang baru dihukum penjara dan sebat atas kesalahan penipuan berkaitan bantuan eKasih, sekali lagi dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas kesalahan serupa.
Tertuduh Muhammad Halmi Ismail, 49, yang berdepan 18 pertuduhan mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibuat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Di hadapan Majistret Nur 'Atiqah Sapari, tertuduh didakwa atas lapan pertuduhan menipu individu berusia antara 58 hingga 76 tahun sehingga mendorong mereka menyerahkan wang berjumlah RM3,430 kepadanya antara 7 Jun 2022 hingga 23 Jun lepas.
Bagi kesalahan itu, Majistret memerintahkan tertuduh yang merupakan bapa kepada empat orang anak itu dihukum penjara 18 bulan dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, Nur 'Atiqah memerintahkan semua hukuman penjara berjalan serentak bermula hari ini.
Pada prosiding di hadapan Majistret R. Prabakaran, tertuduh mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan menipu individu berusia antara 58 dan 75 tahun melibatkan wang berjumlah RM4,460 antara 21 Julai 2022 dan 5 Jun lepas.
Bagi kesalahan itu, Majistret memerintahkan tertuduh dihukum penjara 20 bulan dan satu sebatan untuk setiap pertuduhan, dengan hukuman penjara berjalan serentak.
Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di beberapa lokasi sekitar Larut, Matang dan Selama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Nishaalini dan Nor Arfahanim Azureen Arfanuddin manakala tertuduh diwakili peguam S.S. Jeyamaran serta Ng Wei Jun dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
Semalam, Mahkamah Majistret Lenggong menjatuhkan hukuman penjara 42 bulan dan lima sebatan terhadap tertuduh yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan penipuan berkaitan bantuan eKasih.
Sehari sebelumnya, tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara 21 tahun dua bulan dan 14 sebatan oleh Mahkamah Majistret Ipoh atas kesalahan serupa, melibatkan 13 pertuduhan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 26 2024
Tertuduh yang berdepan 18 pertuduhan mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibuat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi
Sebanyak 172,072 kandungan yang diturunkan melibatkan judi dalam talian manakala 56,136 adalah berkaitan penipuan.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Polis tahan dua lelaki disyaki keldai akaun, libat kerugian RM54,000
Polis menahan dua lelaki dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM54,000.
Presiden Georgia tolak keputusan pilihan raya
Salome Zourabichvili berkata presiden dan pembangkang tidak akan menerima keputusan pilihan raya yang dianggap sebagai penipuan.
Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis
"Kalau ada yang mahu buat laporan polis terhadapnya, dia akan membayar kembali wang yang diterima dan dia turut ugut untuk bunuh diri."
SC rekod 3,380 aduan penipuan, aktiviti tidak berlesan setakat suku ketiga 2024
Kes-kes pada hari ini bertambah sofistikated, turut melibatkan penggunaan teknologi 'deepfake' dan MO yang semakin berkembang.
'Love scam': 20 warga asing didakwa menipu
Seorang rakyat Taiwan dan 19 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didakwa melakukan pakatan jenayah penipuan berkaitan 'Love Scam'.
Penjenayah licik tidak mengaku menipu warga emas RM24,000
Mohamad Faizul Baharudin, 44 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Shariff.
Wanita warga emas rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Wanita berusia 64 tahun itu menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai daripada Kementerian Komunikasi.
Pengurus syarikat rugi lebih RM200,000 ditipu dalam urusan jual beli balak
ACP Azli berkata kejadian bermula pada 21 Ogos 2022 apabila mangsa ditawarkan suspek membeli kayu balak dengan harga RM450,000.