NATIONAL
Tiru, langgar reka bentuk telekung: Airaz diperintah bayar RM1.7 juta kepada Siti Khadijah

Mahkamah menolak saman Airaz dan membenarkan tuntutan balas Siti Khadijah kerana mendapati reka bentuk Telekung Suqainah meniru reka bentuk asal mereka. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Syarikat Airaz Technologies Sdn Bhd (Airaz) membayar ganti rugi RM1.7 juta kepada Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd, selepas didapati meniru dan melanggar reka bentuk berdaftar Telekung Harmoni milik syarikat berkenaan.
Ringkasan AI
- Mahkamah Tinggi memerintahkan Airaz Technologies membayar RM1.7 juta kepada Siti Khadijah Apparel kerana melanggar reka bentuk berdaftar Telekung Harmoni.
- Jumlah itu merangkumi keuntungan jualan Telekung Suqainah, pampasan, ganti rugi teladan dan kos guaman.
- Mahkamah menolak saman Airaz dan membenarkan tuntutan balas Siti Khadijah kerana mendapati reka bentuk Telekung Suqainah meniru reka bentuk asal mereka.
"Selain itu, mahkamah turut mengarahkan Airaz Technologies membayar ganti rugi pampasan dan teladan sebanyak RM500,000 dan kos RM5,000 kepada Siti Khadijah Apparel," kata peguam itu ketika dihubungi hari ini.
Pada 8 Feb 2024, Hakim Azlan Sulaiman membenarkan tuntutan balas Siti Khadijah Apparel dan Padzilah selepas mendapati Telekung Suqainah milik Airaz Technologies, meniru dan melanggar reka bentuk perindustrian Telekung Harmoni.
Hakim Azlan turut menolak saman difailkan Airaz Technologies terhadap kedua-dua defendan bagi membatalkan tiga Reka Bentuk Berdaftar (RID) Siti Khadijah Apparel, berkaitan telekung.
Airaz Technologies selaku plaintif, menyaman Siti Khadijah Apparel pada 2 Jun 2022 bagi menuntut deklarasi supaya reka bentuk berdaftar telekung defendan-defendan dibatalkan dengan serta merta dan dikeluarkan daripada Rekod Pendaftaran Reka Bentuk Perindustrian.
Pada 14 Dis 2022, Siti Khadijah Apparel dan Padzilah memfailkan tuntutan balas selepas mendakwa terdapat persamaan ketara melalui reka bentuk dan corak di bahagian kepala dan dagu Telekung Suqainah, yang meniru Telekung Harmoni Siti Khadijah.
Siti Khadijah Apparel mendakwa tindakan Airaz Technologies yang menjual, mengiklan dan mengedarkan Telekung Suqainah melanggar hak reka bentuk perindustriannya, kerana meniru dan menciplak reka bentuk telekung miliknya.
Sehubungan itu, Siti Khadijah Apparel memohon perintah perisytiharan bahawa Airaz Technologies melanggar reka bentuk perindustrian reka bentuk telekungnya mengikut Seksyen 32 Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami