awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TLDM patahkan cubaan empat bot nelayan asing ceroboh perairan Pulau Perak

Aida Aziz
Aida Aziz
29/03/2022
20:15 MYT
TLDM patahkan cubaan empat bot nelayan asing ceroboh perairan Pulau Perak
Pada Selasa, Pesawat B200T milik TUDM mengesan empat bot nelayan asing kira-kira 49 batu nautika selatan Pulau Perak. - Foto ihsan TLDM
LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mematahkan cubaan empat bot nelayan asing (BNA) yang dipercayai ingin menceroboh perairan negara bagi tujuan mengaut hasil laut secara tidak sah di sekitar perairan Pulau Perak, petang semalam.
Jurucakap Bahagian Komunikasi Strategik, Markas Pemerintahan Armada Barat, TLDM Lumut berkata, kapal KD Teguh Samudera yang digerakkan ke lokasi terbabit mengusir semua nelayan itu kembali ke perairan Indonesia.
"Penyaluran maklumat yang pantas menerusi Maritime Component Commander (MCC) Barat telah mengatur gerak aset yang terhampir iaitu KD Teguh Samudera untuk ke lokasi pengesanan awal BNA tersebut iaitu di sekitar perairan selatan Pulau Perak.
"KD Teguh Samudera mempamerkan kecekapan menerusi tindakan pengusiran ke atas sebuah BNA di lapangan dan kekal membayangi BNA sehingga keluar meninggalkan sempadan perairan negara.
"Baki tiga buah BNA lagi dipercayai telah meninggalkan perairan negara (lebih awal) setelah menyedari kehadiran aset pertahanan maritim negara," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Terdahulu, Pesawat B200T (RMF 354) milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya mengesan empat BNA kira-kira 49 batu nautika selatan Pulau Perak.
Maklumat pengesanan kemudian disalurkan kepada komponen maritim bagi tindakan lanjut.
Jelasnya, kerjasama dan tindakan bersepadu serta penyaluran maklumat yang pantas oleh semua agensi terlibat dapat memastikan setiap tindakan menceroboh dipatahkan.
Topic Berkaitan
#TLDM
#ceroboh perairan negara
#Pulau Perak
#nelayan asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan