awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TM bekerjasama dengan sembilan syarikat menara telekomunikasi, benarkan akses ke tapak dan fasiliti

Bernama
Bernama
25/10/2021
09:06 MYT
TM bekerjasama dengan sembilan syarikat menara telekomunikasi, benarkan akses ke tapak dan fasiliti
TM berkata kerjasama itu akan membolehkan rangkaian fiber optik berkelajuan tinggi disambungkan ke menara, bagi membolehkan prestasi dan kemampuan rangkaian yang berkualiti tinggi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Telekom Malaysia Bhd (TM), melalui cabang perniagaan borong domestik dan antarabangsa TM Wholesale, telah bekerjasama dengan sembilan penyedia menara telekomunikasi (TowerCos), yang membolehkannya mengakses fasiliti tapak menara telekomunikasi syarikat.
TM berkata kerjasama itu akan membolehkan rangkaian fiber optik berkelajuan tinggi disambungkan ke menara, bagi membolehkan prestasi dan kemampuan rangkaian yang berkualiti tinggi.
Sembilan TowerCos adalah ahli Persatuan Penyedia Infrastruktur Telekomunikasi Malaysia (PPIT), iaitu D'Harmoni Telco Infra Sdn Bhd, Melaka ICT Holdings Sdn Bhd, Perlis Comm Sdn Bhd, Infra Quest Sdn Bhd, Perak Integrated Network Services Sdn Bhd, EdgePoint Towers Sdn. Bhd, PDC Telecommunication Services Sdn Bhd, Desabina Industries Sdn Bhd, dan Yiked Bina Sdn Bhd.
Satu majlis telah diadakan baru-baru ini di Johor Bahru bagi menandakan acara tersebut, dan TM diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif TM Wholesale Amar Huzaimi Md Deris.
"Kami komited bagi memastikan industri telekomunikasi nasional dilengkapi dengan sambungan canggih dan penyelesaian infrastruktur fiber yang meluas sebagai pemangkin untuk mempercepatkan penyampaian pengalaman digital berkualiti tinggi kepada semua rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.
"Ini akan membolehkan penyedia perkhidmatan memberi perkhidmatan kepada pelanggan mereka dengan kelajuan sambungan yang lebih pantas dan kapasiti lebar jalur yang lebih besar untuk perkhidmatan 4G semasa dan di masa hadapan di seluruh negara."
Kerjasama itu juga memperlihatkan TM sebagai pemboleh Digital Malaysia dalam menyokong aspirasi digital negara, termasuk Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telekom Malaysia
#TM
#menara telekomunikasi
#rangkaian fiber optik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan