awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TM diminta serah laporan selesai masalah Streamyx - Gobind

Bernama
Bernama
19/06/2019
21:33 MYT
TM diminta serah laporan selesai masalah Streamyx - Gobind
Gobind berkata setakat tahun lepas, jumlah pelanggan asal yang menggunakan perkhidmatan Streamyx dianggarkan sebanyak 1.27 juta orang.
Telekom Malaysia (TM) diminta menyerahkan laporan berkenaan langkah mengatasi masalah perkhidmatan Streamyx kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo dalam tempoh sebulan.
Gobind dalam kenyataan pada Rabu berkata, beliau percaya pengurusan baharu TM yang dipimpin Datuk Noor Kamarul Anuar Nuruddin sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM dapat mencari penyelesaian kepada masalah itu.
Menurutnya, beberapa perbincangan telah diadakan dengan TM berkenaan masalah Streamyx dan beberapa cadangan penyelesaian telah pun dikemukakan.
"Saya berpendapat satu keputusan muktamad perlu dibuat dalam perkara ini dan TM perlu membuat satu pengumuman berkenaannya dalam masa terdekat serta menyatakan strategi dan langkah-langkah yang akan dilaksanakan untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.
Gobind mengeluarkan kenyataan itu susulan kunjungan hormat Noor Kamarul Anuar yang baharu dilantik pada 13 Jun lepas bersama Pengerusi TM Rosli Man dan Ketua Pegawai Operasi TM Imri Mokhtar, di pejabatnya pada Selasa.
Gobind berkata setakat tahun lepas, jumlah pelanggan asal yang menggunakan perkhidmatan Streamyx dianggarkan sebanyak 1.27 juta orang.
Daripada jumlah itu, katanya, kira-kira 340,000 orang berada di dalam kawasan liputan Unifi fiber berkelajuan tinggi dan setakat ini, kira-kira 266,000 orang daripada mereka telah beralih kepada perkhidmatan itu.
Gobind berkata pelanggan lain terbahagi kepada dua kategori iaitu berada dalam kawasan Unifi (Copper) dengan kelajuan perkhidmatan terhad kepada 30Mbps dan yang menggunakan perkhidmatan Streamyx dengan kelajuan maksimum hanya 8Mbps.
"Banyak aduan telah pun diterima berkenaan dengan masalah kelajuan yang kurang dan harga yang tinggi bagi perkhidmatan Streamyx.
"Saya berpendapat bahawa perhatian khas harus diberikan kepada aduan-aduan ini," katanya.
Selain masalah perkhidmatan Streamyx, Gobind berkata beberapa perkara berhubung hala tuju TM juga dibincangkan dalam pertemuan tersebut.
Antaranya bagaimana TM boleh membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk mengembangkan infrastruktur jalur lebar ke seluruh negara serta menjayakan inisiatif 'Double the Speed, Half the Price' yang telah diumumkan tahun lepas, katanya.
Gobind berkata perkembangan pesat dalam bidang teknologi yang dijana melalui perkhidmatan internet memerlukan tumpuan khusus kepada pembangunan infrastruktur jalur lebar yang berkelajuan tinggi, harga berpatutan dan berkualiti yang menjadi asas kepada Revolusi Perindustrian 4.0 yang sedang melanda dunia ketika ini.
"Kita perlu memastikan bahawa kita bersedia untuk cabaran-cabaran pada masa hadapan dan perkhidmatan yang kita sediakan adalah sesuai untuk menghadapi dunia teknologi baharu ini khususnya di mana Malaysia telah pun melancarkan projek rintis untuk perkhidmatan 5G," kata Gobind.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gobind Singh Deo
#Menteri Komunikasi dan Multimedia
#Noor Kamarul Anuar Nuruddin
#Streamyx
#Telekom Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan