awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TMM2014: Semua pihak perlu main peranan

Astro Awani
Astro Awani
20/01/2013
01:40 MYT
TMM2014: Semua pihak perlu main peranan
Selaras dengan misi nasional bagi mencapai sasaran kedatangan 28 juta pelancong pada tahun depan, perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar semua pihak perlu memainkan peranan bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2014.
Justeru Najib mahu semua pihak daripada pintu masuk Malaysia iaitu pegawai imigresen, pegawai kastam, pemandu teksi, penyambut tetamu di hotel hinggalah kepada peniaga dan rakyat malaysia menunjukkan sikap mesra pelancong.
Beliau juga meminta 2013 dijadikan tahun persediaan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2014 dengan menambah kemudahan dan mempertingkatkan prasarana sedia ada.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan kempen promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 di Bukit Jalil.
Pada majlis sama, hadiah cabutan bertuah turut ditawarkan iaitu sebuah kereta Cheverolet Orlando dan motorsikal Naza Blade tajaan Naza World.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Najib Tun Razak
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan