awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TNB lantik kontraktor baik pulih kabel elektrik Jambatan Pulau Pinang

Bernama
Bernama
03/03/2021
08:52 MYT
TNB lantik kontraktor baik pulih kabel elektrik Jambatan Pulau Pinang
Kabel elektrik 132kV dari Pencawang Masuk Utama Bukit Tengah ke Bayan Mutiara di bawah Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.2, dilaporkan terbakar pada 22 Feb lepas. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Tenaga Nasional Bhd (TNB), Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS Malaysia Bhd telah melantik kontraktor untuk membaiki kerosakan kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km3.2 yang terbakar minggu lepas.
Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata sehingga hari ini, syarikat itu masih belum mendapat maklumat penuh dari Jabatan Bomba mengenai punca kebakaran yang berlaku.
"Kontraktor akan masuk ke lokasi esok untuk tujuan pembaikan yang dijangka akan mengambil masa selama 119 hari atau empat bulan untuk dibaik pulih secara sepenuhnya. Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kos baik pulih juga masih dalam penilaian," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas melancarkan Program Ceria Ke Sekolah peringkat Pulau Pinang.
Kabel elektrik 132kV dari Pencawang Masuk Utama Bukit Tengah ke Bayan Mutiara di bawah Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 3.2, dilaporkan terbakar kira-kira pukul 4.00 petang pada 22 Feb lepas sehingga menyebabkan kesesakan teruk di kedua-dua hala jambatan berkenaan.
Mengulas mengenai program tanggungjawab sosial korporat TNB hari ini, Mahdzir berkata ia melibatkan seramai 1,400 pelajar di Pulau Pinang yang akan menerima RM100 seorang bagi menampung perbelanjaan persiapan ke sekolah, yang akan disalurkan melalui ketua-ketua bahagian UMNO Pulau Pinang.
Secara keseluruhannya, Mahdzir berkata TNB memperuntukkan RM3 juta tahun ini bagi membantu keluarga yang memerlukan sebagai persiapan persekolahan anak mereka melalui program Ceria Ke Sekolah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#Jambatan Pulau Pinang
#kebakaran
#kabel elektrik
#kesesakan jalan raya
#Kontraktor
#perbaiki kerosakan
#Pengerusi TNB
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan